Ketahui masa, tempat, dan cara kami mengumpul imejan 360

Memperkenalkan kumpulan Street View Google yang berwarna-warni dan ketahui cara mengumpul imejan 360 untuk menjana peta dunia.

Pengumpulan imejan Google Street View
Kereta animasi pengumpulan imejan Google Street View

Sumber fotografi

Foto Street View datang daripada dua sumber, Google dan penyumbang kami.

Kandungan Kami
Kandungan daripada penyumbang

Kandungan Kami

Kandungan milik Google ialah ihsan “Street View” atau “Peta Google”. Kami mengaburkan muka dan plat lesen secara automatik dalam imejan kami.

Butiran Dasar

Imej Google Street View daripada Petra di Jordan

Kandungan daripada penyumbang

Kandungan yang disumbangkan oleh pengguna mengiringi nama akaun yang boleh diklik/diketik dan dalam sesetengah keadaan, turut menyertakan foto profil.

Butiran dasar

Sumbangkan kepada Street View

Imej Google Street View Federico Debetto memetakan Zanzibar

Tempat kami akan melakukan pemetaan pada bulan ini

Kami memandu dan mengembara di seluruh dunia untuk membawa kepada anda imejan yang meningkatkan pengalaman anda dan membantu anda menerokai dunia di sekeliling anda. Jika anda ingin melambai kepada pasukan kami, lihatlah di bawah tentang waktu mereka akan datang ke lokasi berhampiran anda.

Tarikh Daerah
Tarikh Daerah

Ekoran daripada faktor di luar kawalan kami (seperti cuaca, penutupan jalan, dsb.), ada kemungkinan kereta kami tidak beroperasi atau mungkin terdapat sedikit perubahan. Harap maklum bahawa apabila senarai menyatakan bandar tertentu, ini mungkin termasuk bandar yang lebih kecil atau pekan yang berada dalam jarak pemanduan.

Sekumpulan yang bersedia menyingkap keajaiban dunia

Kami telah melawat pelbagai tempat yang hebat di ketujuh-tujuh benua dan banyak lagi yang akan menyusul. Sebelum kami memulakan perjalanan, kami mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk rupa bumi, keadaan iklim, dan ketumpatan penduduk untuk menggunakan kumpulan yang tepat dan mengumpul imejan yang terbaik.

Kereta Street View

Dilengkapi sistem kamera di atas bumbung, kereta Street View ialah peralatan yang paling kerap digunakan untuk mengumpul imejan dan telah membantu kami merakam lebih 10 juta batu di seluruh dunia, termasuklah kuda yang sedang makan pisang.
Kereta Street View

Trekker

Sistem kamera mudah alih ini boleh digunakan sebagai beg galas atau dipasangkan di atas lori pikap, kereta salji atau motosikal. Sistem ini membolehkan kami mengumpul imejan di lorong-lorong yang sempit atau di tempat yang kami hanya boleh capai dengan berjalan kaki, seperti kubu kota Inca Machu Picchu.
Trekker

Menghidupkan peta

Setelah kami selesai mengumpulkan imejan, tibalah masanya untuk membawa kesemua ini kepada skrin anda. Ini sepintas lalu perkara yang dilakukan oleh pasukan kami di sebalik tabir.

  • Mengumpul imejan

    Mula-mula, kami terpaksa memandu di kawasan berkenaan dan mengambil foto lokasi tersebut untuk dipaparkan dalam Street View. Banyak faktor yang mesti diberikan tumpuan seperti keadaan cuaca dan kepadatan penduduk di pelbagai kawasan untuk menentukan masa dan tempat kami dapat mengumpulkan imejan yang unggul.

  • Menjajarkan imejan

    Untuk memadankan setiap imej dengan lokasi geografi imej tersebut pada peta, kami menggabungkan isyarat daripada penderia kereta yang mengukur GPS, kelajuan dan arah. Perkara ini membolehkan kami membina semula laluan kereta itu dengan tepat, serta mencondongkan dan menjajarkan semula imej mengikut keperluan.

  • Penukaran foto menjadi foto 360

    Untuk mengelakkan ruang kosong dalam foto 360, kamera sisi mengambil gambar yang bertindan sedikit, kemudian kami akan ‘mencantumkan’ foto tersebut untuk dijadikan satu imej 360 darjah. Selepas itu, kami menggunakan algoritma pemprosesan imej khas untuk mengurangkan ‘garis cantuman’ dan menghasilkan peralihan yang lancar.

  • Memaparkan imej yang betul kepada anda

    Kelajuan pantulan laser kereta dari permukaan memberitahu kami jarak setiap bangunan atau objek dan membolehkan kami membina model 3D dunia tersebut. Apabila anda beralih ke kawasan yang jauh dalam Street View, model 3D ini menentukan panorama terbaik untuk ditunjukkan kepada anda bagi tempat tersebut.

Tempat yang pernah kami kunjungi

Kawasan berwarna biru di peta menunjukkan tempat yang terdapat Street View. Zum masuk untuk melihat dengan lebih terperinci atau semak imbas pada Google Maps.

Ketahui lebih lanjut