Buat dan terbitkan imejan Street View anda sendiri
Merakam kejiranan baharu, tempat tarikan pelancong atau perniagaan setempat kini lebih mudah. Hanya pilih kamera anda, kumpulkan video 360 anda dan muat naik ke Street View Studio.
Rakam jalan, denai, tapak pelancong dan perniagaan dengan kamera serasi Street View. Jika jalan anda tidak wujud dalam
Google Maps, cari cara lain untuk mengurus atau menyumbangkan data pada halaman Rakan Kongsi Kandungan Google Maps kami.
*Note that Google does not certify any operational or mechanical functions. Any specific technical or logistical issues should be addressed directly with the supplier.
Bawa kamera anda semasa memandu, menunggang atau berjalan
Buat imejan 360 anda semasa dalam perjalanan sambil memandu. Gunakan lekapan kenderaan atau topi keledar apabila memetakan jalan anda, atau pasang kamera anda dengan tripod atau monopod mini jika anda membuat imejan dalam bangunan.
Muat naik berbilang fail pada masa yang sama dan pratonton imej anda sebelum muat naik selesai. Akses statistik imejan 360 anda dan rancangan laluan rakaman masa depan anda dengan mudah.
Kenderaan serba rupa bumi merakam kepulauan Polinesia Perancis
Seorang jurugambar tempatan menyerlahkan kreativitinya menerusi kereta golf, jet ski dan kuda untuk membawakan gambaran Polinesia Perancis kepada peta dan membantu pembantu kecemasan tempatan meningkatkan perkhidmatan mereka.
Kerajaan berganding bahu dengan WT360 untuk memetakan negara, mendidik penduduk setempat tentang Street View, dan memperkasakan mereka supaya meneruskan projek ini.
Memetakan Zimbabwe menggunakan kereta, motosikal dan bot
Tawanda Kanhema sedang memetakan negaranya. Ketahui lebih lanjut tentang cara dia merakam imej Air Terjun Victoria dan cara dia membawa lebih banyak lokasi ke Street View.
Jurupandu Tempatan membawa keindahan Kenya kepada dunia
Jurupandu Tempatan dan jurugambar profesional memadu tenaga untuk memetakan Kenya dan membawa keindahan negara ini kepada dunia. Ketahui lebih lanjut tentang perjalanan mereka.
Pihak Berkuasa Pelancongan Bermuda dan Miles Partnership memadu tenaga untuk mengoptimumkan kehadiran dalam talian Bermuda, merangsang penemuan perniagaan setempat, dan membantu pelancong merancang perjalanan mereka.
Untuk mengetengahkan budaya Tonga dan kepulauan Pasifik yang lain, pengasas Grid Pacific memulakan rancangan yang mencabar untuk memetakan keseluruhan gugusan kepulauan tersebut dan menambahkan hasil tersebut kepada Street View.
Jika jalan anda tidak wujud dalam Google Maps, cari cara lain untuk mengurus atau menyumbangkan data pada halaman Rakan Kongsi Kandungan Google Maps kami.