Kini terbuka - cara Street View membuka negara berfahaman Buddha kepada dunia.
Bhutan, yang terletak di pergunungan Himalaya, menawarkan banyak laluan gunung, lembah yang subur dan sungai yang damai sejak sekian lama. Itulah sebabnya kerajaan negeri telah bekerjasama dengan Street View dalam sebuah inisiatif selama 12 bulan untuk mempamerkan permata tersembunyi ini, sambil meningkatkan pelancongan dan pembangunan sosio-ekonomi Bhutan.
Selepas menghadapi beberapa cabaran mendapatkan kelulusan dan pelepasan untuk pemfileman, Majlis Pelancongan Bhutan, yang bekerjasama dengan sokongan teknikal daripada Google Singapura, berjaya melancarkan projek ini pada bulan Mei 2020. Street View memberikan peralatan sokongan dalam bentuk kamera Ricoh Theta Vs, satu Insta360 Pro, latihan persendirian dan sesi penyelesaian masalah yang kerap untuk memastikan alat tersebut berfungsi dengan baik.
7.4 J
paparan
Pemetaan digital keindahan Bhutan
Sebelum inisiatif Street View, Bhutan tidak mempunyai kepakaran atau peralatan teknikal untuk berhubung dengan bakal pelawat, yang menyukarkan pelancong merancang perjalanan. Kini sesiapa sahaja - daripada jemaah penganut Buddha hingga bakal pelawat - boleh membongkar biara kubu di Thimpu dan perkampungan yang bersih di Punakha secara maya.
Walaupun ini peristiwa penting dalam rancangan kerajaan negeri untuk berhubung dengan seluruh dunia, ini juga merupakan langkah ke hadapan dalam perjalanan digital Bhutan ke arah masyarakat yang didayakan ICT.
Bumi Bhutan yang lebih terbuka
Navigasi pintar Street View telah memberi pelancong pendedahan kepada tarikan popular di seluruh dunia dan memberi pengembara kebebasan pilihan serta pergerakan. Akses kepada rakaman 360 masa nyata dan lawatan maya keadaan lokasi telah membantu pelawat menetapkan harapan perjalanan mereka dan meneroka sewajarnya.
Versi Google Street View Bhutan telah membantu negara serta individu di seluruh dunia. Ciri ini boleh digunakan oleh pakar ukur tanah, perniagaan, agensi kerajaan, institusi pendidikan dan pihak lain untuk meningkatkan perkhidmatan mereka.
-
Dorji Dhradhul, Ketua Pengarah Majlis Pelancongan Bhutan
Dengan 500 perniagaan baharu yang ditambahkan kepada Street View dan 4,000 kemas kini yang dibuat pada peta Bhutan, penduduk juga memperoleh ganjaran, yang meliputi maklumat terkini trafik masa nyata dan cadangan laluan hinggalah kepada lebih banyak pendedahan untuk perniagaan setempat.
Street view yang lebih baik
Selain menjangkaui dunia, inisiatif Street View kerajaan ini terbukti sangat membantu dalam perancangan projek pembangunan. Penggambaran rupa bumi yang tersembunyi selama berkurun lamanya menandakan permulaan strategi penyenggaraan warisan Bhutan. Menerusi data Street View, mereka dapat melihat keadaan jalan dan membaiki jalan tersebut bila-bila perlu.
Bhutan sedang diterokai oleh semakin ramai penjelajah. Namun dengan hanya dua puluh bandar diliputi, wilayah bersaiz 38,394 km² dan rancangan untuk mengemaskinikan peta secara kerap melalui pembangunan infrastruktur baharu, inisiatif Street View ini baru sahaja bermula.
Street View menghubungkan dunia kecil secara besar-besaran. Ciri ini yang membongkar permata tersembunyi menerusi imejan yang mengasyikkan dapat merevolusikan hala tuju negara dan memainkan peranan bersepadu dalam pembangunan negara ini.
Teroka lagi