Dari hobi ke pentas dunia - cara memetakan kecantikan Polinesia Perancis membawa manfaat yang tidak terhingga kepada penduduk tempatan.

Polinesia Perancis - pantai berpasir putih, denai kembara yang panjang dan Tapak Warisan Dunia UNESCO menjadikan kepulauan ini destinasi impian yang popular. Tatkala orang hanya sekadar mengimpikannya, Christophe Courcaud memikirkan tentang peluang unik untuk membawa syurga ini lebih dekat ke rumah dan membantu pelancongan Tahiti berkembang maju melalui Street View.

1,800km

mengambil gambar

1,200,000

imej

melalui

8K

video peleraian paparan

8+

kepulauan

18

hotel diterbitkan

+450

penyenaraian perniagaan
dibuat

Menggabungkan perniagaan dengan hiburan

Disemarakkan oleh minatnya terhadap Street View dan kepulauan Polinesia Perancis yang indah, Christophe telah menubuhkan Tahiti 360 pada tahun 2019. Kepakaran syarikat ini ialah merakam dan memuat naik imejan 360 kawasan luar bangunan yang luas di Polinesia Perancis, termasuk denai kembara dan pantai, pada Street View. Walaupun fokus utamanya ialah merakam dan mempamerkan keindahan kehidupan di pulau, Christophe turut membantu perniagaan setempat memperoleh keterlihatan lebih jelas melalui lawatan maya dalam bangunan Street View yang mengasyikkan.

Memetakan Polinesia Perancis

Pada zaman yang menyaksikan segala-galanya didigitalkan, agar sukar untuk mempercayai bahawa hanya paparan satelit Polinesia Perancis tersedia sehingga Christophe dan Tahiti 360 tiba di pulau ini. Perkara yang menyukarkan lagi keadaan ini ialah jalan-jalan di kepulauan seperti Bora Bora dan Tahiti tiada sebarang nama, jadi penduduk tempatan dan juga pelancong menghadapi cabaran untuk meneroka tempat tersebut. Isu yang paling penting ialah perkara ini menyukarkan lagi kerja perkhidmatan kecemasan seperti ahli bomba, pembantu kecemasan dan penguat kuasa undang-undang.

 

Saya sentiasa percaya bahawa Street View mempunyai kuasa untuk membawa manfaat yang hebat kepada masyarakat setempat. Keupayaan untuk mengunjurkan diri dalam kawasan tertentu dan membiasakan diri dengan persekitaran sebelum bertolak dari rumah sentiasa mengagumkan saya. Perkara ini khususnya berguna di Polinesia Perancis, disebabkan usaha menavigasi di kepulauan ini hampir tidak dapat dilakukan.

-

Christophe Courcaud, pengasas Tahiti 360.

 

Pemetaan Google Street View Bora Bora

Dengan mengiktiraf manfaat yang boleh dibawa oleh Street View kepada kehidupan di kepulauan tersebut, pihak berkuasa tempatan telah bekerjasama dengan Tahiti 360 untuk memetakan dan menyediakan panduan untuk semua jalan di Tahiti, Moorea, Bora Bora, Raiatea, Maupiti, Huahine, Fakarava dan Rangiroa. Christophe telah menggunakan kenderaan lasak, kereta golf, motosikal elektrik, jet ski, malah kuda untuk meliputi kawasan seluas 1,800 km di Polinesia Perancis. Berdasarkan bantuan yang sebahagiannya ialah hasil usaha liputan Christophe dan data geo tempatan yang dikongsi oleh pihak berkuasa, kini anda boleh mendapatkan kemaskinian secara langsung, cadangan laluan paling pantas dan arah ke perniagaan setempat di Tahiti pada Google Maps. Perkara ini khususnya berguna untuk perkhidmatan kecemasan yang boleh bekerja dengan lebih berkesan merentas pulau tersebut hasil daripada pemetaan ini. Akhir sekali, akses kepada imej Tahiti 360 di Street View juga telah memudahkan perancangan bandar, penyelenggaraan bangunan dan keadaan jalan.

Akses kepada Tapak Warisan Dunia UNESCO

Lawatan paling mengasyikkan dalam Tahiti 360 ialah Taputapuatea di pulau Raiatea. Tapak Warisan Dunia UNESCO ini memainkan peranan besar menarik lebih 300,000 pelawat ke Polinesia Perancis pada setiap tahun. Namun, dengan merakam keindahan kepulauan tersebut dalam 360, Christophe telah membolehkan kepulauan tersebut dialami secara maya oleh jutaan pengguna. Hasil usaha Christophe yang diterbitkan pada Street View telah membawa salah satu keajaiban dunia ke skrin kita, yang membolehkan kita menerokai kepulauan tersebut.

Usaha menjelajah seluruh pulau sememangnya sukar, tetapi Christophe telah menyahut cabaran ini. Untuk memastikan dia dapat merakam keseluruhan perkara yang ditawarkan oleh Bora Bora dalam 360, dia menjelajah seluruh pulau tersebut menggunakan kereta, bot dan berjalan kaki. Christophe hanya mengambil tujuh hari untuk memetakan keseluruhan pulau tersebut dan menyediakan imejan untuk dialami oleh semua pengguna pada Street View.

Selain Bora Bora, Christophe turut mengambil gambar semua jalan di Papeete, ibu negara Tahiti, serta pekan Pirae. Keterlihatan tersebut berbaloi apabila imej kedua-dua bandar tersebut dipaparkan pada Street View.

Perniagaan setempat turut mendapat peluang untuk menonjol pada Street View. Kumpulan hotel yang besar seperti Intercontinental, Manava dan Hilton, serta perniagaan B&B kecil teruja dengan peluang tersebut untuk mempamerkan kemudahan mereka pada peringkat global.

Menambahkan lebih banyak perkara pada senarai hajat

Tahiti 360 berharap dapat merakam semua kepulauan di Polinesia Perancis menjelang hujung tahun ini, diikuti dengan Kepulauan Maupiti, Tahaa dan Marquesas, selain juga Kepulauan Gambier dan Kepulauan Austral. Walaupun masih terdapat banyak tempat untuk dirakam di Polinesia Perancis, Christophe sudah memikirkan kembaranya yang berikut. Dia sudah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan Perancis di pekan kelahirannya untuk merakam laluan basikal sejauh 400 km, terusan di Amien dan kereta api pelancong untuk Somme Tourisme. Christophe juga akan merakam Teahupoo, tuan rumah acara luncur air pada Sukan Olimpik 2024. Sambil melakukan aktiviti tersebut, dia berharap dapat menambahkan Kepulauan New Caledonia, Wallis dan Futuna pada Street View, untuk membantu penduduk tempatan meningkatkan kehidupan harian mereka dan membantu lebih ramai pengguna menerokai kepulauan indah tersebut.

Street View ialah platform kerjasama yang membolehkan penyumbang membantu masyarakat berkembang maju, perniagaan berkembang dan membawa keajaiban dunia ini lebih hampir kepada pengguna dengan menerbitkan imejan yang mengasyikkan pada Peta Google. Perkara yang paling hebat ialah sesiapa sahaja boleh memetakan kejayaan mereka sendiri melalui Street View. Anda hanya perlu mengambil langkah pertama untuk membuat sumbangan.

Kongsi imejan Street View anda sendiri