Syarat Perkhidmatan Google Drive

Terakhir diubah suai pada 10 Disember 2018 Tarikh Kuat Kuasa: 22 Januari 2019

1. Pengenalan

Terima kasih kerana menggunakan Google Drive. Google Drive merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Google LLC (“Google”, “kami” atau “kita”), terletak di 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View California 94043, USA. Jika anda berpangkalan di Kawasan Ekonomi Eropah atau Switzerland, Google Drive disediakan oleh Google Ireland Limited (“Google”, “kami"), sebuah syarikat yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Ireland (Nombor Pendaftaran: 368047), dan terletak di Gordon House, Barrow Street, Dublin 4, Ireland. Syarat Perkhidmatan Google Drive ini (yang kami rujuk sebagai “Syarat”) merangkumi penggunaan dan akses kepada Google Drive dan kandungan anda di Google Drive. Dasar Privasi kami menerangkan cara kami mengumpul dan menggunakan maklumat anda manakala Dasar Program kami menggariskan tanggungjawab anda semasa menggunakan Perkhidmatan kami.

Penggunaan Google Drive menghendaki anda bersetuju menerima Syarat yang ditetapkan. Sila baca syarat itu dengan teliti. Jika anda tidak memahami Syarat tersebut atau tidak menerima mana-mana bahagian syarat itu, maka anda tidak seharusnya menggunakan Google Drive.

2. Penggunaan Google Drive

Sekatan Umur. Untuk menggunakan Google Drive, anda mestilah berumur 13 tahun ke atas. Jika anda berumur 13 tahun ke atas tetapi belum mencapai umur 18 tahun, anda mesti mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk menggunakan Google Drive dan menerima Syaratnya.

Penggunaan Peribadi. Dengan menerima syarat ini, anda bersetuju untuk tidak menggunakan Google Drive bagi tujuan perniagaan; anda mesti menggunakan perkhidmatan Drive hanya untuk tujuan peribadi bukan komersial. Kami mengesyorkan supaya perniagaan menggunakan GSuite.

Akaun Google Anda. Anda memerlukan Akaun Google untuk menggunakan Google Drive. Untuk melindungi Akaun Google anda, rahsiakan kata laluan anda. Anda bertanggungjawab terhadap aktiviti yang berlaku pada atau melalui Akaun Google anda. Cuba tidak menggunakan semula kata laluan Akaun Google anda pada aplikasi pihak ketiga. Jika anda mendapat tahu tentang apa-apa penggunaan kata laluan atau Akaun Google anda tanpa kebenaran, ikut arahan ini.

Tingkah Laku Anda. Jangan menyalahgunakan Google Drive. Anda boleh menggunakan Google Drive hanya sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang, termasuk undang-undang dan peraturan kawalan eksport dan eksport semula. Anda bertanggungjawab terhadap tingkah laku anda dan kandungan anda yang disimpan di Google Drive dan anda mesti mematuhi Dasar Program kami. Kami mungkin menyemak tingkah laku dan kandungan anda di Google Drive untuk memastikan pematuhan dengan Syarat dan Dasar Program kami.

Google Drive tersedia pada peranti mudah alih. Jangan menggunakan Google Drive dengan cara yang mengganggu dan menghalang anda daripada mematuhi undang-undang lalu-lintas atau keselamatan.

Kandungan Anda. Google Drive membenarkan anda memuat naik, menyerahkan, menyimpan, menghantar dan menerima kandungan. Anda mengekalkan pemilikan mana-mana hak harta intelek yang anda pegang dalam kandungan tersebut. Secara ringkasnya, perkara yang anda miliki, kekal menjadi milik anda.

Apabila anda memuat naik, menyerahkan, menyimpan, menghantar atau menerima kandungan ke atau melalui Google Drive, anda memberi Google lesen seluruh dunia untuk menggunakan, mengehos, menyimpan, menghasilkan semula, mengubah suai, membuat kerja terbitan (seperti yang terhasil daripada terjemahan, adaptasi atau perubahan lain yang kami buat supaya kandungan anda berfungsi lebih cekap dengan perkhidmatan kami), berkomunikasi, menerbitkan, mempersembahkan secara terbuka, memaparkan secara terbuka dan mengedarkan kandungan sedemikian. Hak yang anda berikan dalam lesen ini adalah untuk tujuan terhad mengendalikan, mempromosikan dan meningkatkan perkhidmatan kami dan untuk membangunkan perkhidmatan baharu. Lesen ini diteruskan meskipun anda berhenti menggunakan perkhidmatan kami, melainkan anda memadamkan kandungan anda. Pastikan anda mempunyai hak yang diperlukan untuk memberi kami lesen ini untuk mana-mana kandungan yang anda serahkan ke Google Drive.

Tetapan perkongsian di Google Drive membenarkan anda mengawal perkara yang boleh dilakukan dengan kandungan anda di Google Drive oleh orang lain. Secara lalainya, anda ditetapkan sebagai pengawal semua kandungan yang anda buat atau muat naik ke Google Drive. Anda boleh berkongsi kandungan anda dan memindahkan kawalan kandungan anda kepada pengguna lain.

Sistem automatik kami menganalisis kandungan anda untuk menyediakan ciri produk yang berkaitan secara peribadi, seperti hasil carian tersuai serta pengesanan spam dan perisian hasad. Analisis ini berlaku semasa kandungan dihantar, dikongsi, dimuat naik dan apabila disimpan. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang cara Google menggunakan dan menyimpan kandungan dalam Dasar Privasi kami. Jika anda menyerahkan maklum balas atau cadangan tentang Google Drive, kami boleh menggunakan maklum balas atau cadangan anda tanpa kewajipan terhadap anda.

Pengumuman. Kami mungkin menghantar pengumuman perkhidmatan, mesej pentadbiran dan maklumat lain kepada anda berhubung penggunaan Google Drive. Anda boleh menarik diri daripada sesetengah komunikasi itu.

Perkhidmatan Google Drive kami. Penggunaan Google Drive tidak memberi anda pemilikan sebarang hak harta intelek di Google Drive mahupun kandungan yang anda akses. Anda tidak boleh menggunakan kandungan daripada Google Drive melainkan anda memperoleh kebenaran daripada pemiliknya atau dibenarkan oleh undang-undang. Syarat ini tidak memberi anda hak untuk menggunakan sebarang penjenamaan atau logo yang digunakan di Google Drive. Jangan mengalih keluar, mengaburkan atau meminda sebarang notis undang-undang yang dipaparkan dalam atau bersama-sama Google Drive.

3. Perlindungan Privasi

Dasar Privasi Google menerangkan cara kami mengendalikan data peribadi anda dan melindungi privasi anda apabila anda menggunakan Google Drive. Dengan menggunakan Google Drive, anda bersetuju bahawa Google boleh menggunakan data itu menurut dasar privasi kami.

4. Perlindungan Hak Cipta

Kami membalas notis pelanggaran hak cipta yang disyaki dan menamatkan akaun pesalah berulang menurut proses yang ditetapkan dalam Akta Hak Cipta Milenium Digital A.S.

Kami memberi maklumat untuk membantu pemegang hak cipta mengurus harta intelek mereka dalam talian. Jika anda berpendapat seseorang melanggar hak cipta anda dan mahu memaklumi kami, anda boleh mendapatkan maklumat tentang penyerahan notis dan dasar Google berhubung balasan kepada notis di Pusat Bantuan kami.

5. Dasar Program

Kami mungkin menyemak kandungan untuk menentukan sama ada kandungan itu menyalahi undang-undang atau melanggar Dasar Program kami dan kami mungkin mengalih keluar atau enggan memaparkan kandungan yang kami percaya secara munasabahnya melanggar dasar kami atau undang-undang. Namun, perkara tersebut tidak bermaksud bahawa kami menyemak kandungan. Jadi, jangan membuat andaian bahawa kami menyemak kandungan.

6. Perihal Perisian dalam Perkhidmatan kami

Perisian Klien. Google Drive termasuk perisian klien yang boleh dimuat turun (“Perisian”). Perisian ini boleh dikemas kini secara automatik pada peranti anda setelah versi atau ciri baharu tersedia. Google memberi anda lesen peribadi, seluruh dunia, bebas royalti, tidak boleh diserahkan dan tidak eksklusif untuk menggunakan Perisian yang diberi kepada anda oleh Google sebagai sebahagian daripada Google Drive. Lesen ini adalah semata-mata dengan tujuan untuk membolehkan anda menggunakan dan menikmati manfaat Google Drive sebagaimana yang diberikan oleh Google, dengan cara yang dibenarkan oleh Syarat ini. Anda tidak boleh menyalin, mengubah suai, mengedarkan, menjual atau memajak mana-mana bahagian Google Drive atau perisian yang disertakan mahupun menterbalik atur atau cuba mengekstrak kod sumber perisian itu, melainkan undang-undang melarang penyekatan itu atau anda telah memperoleh kebenaran bertulis daripada kami.

Perisian sumber terbuka. Perisian sumber terbuka adalah penting kepada kami. Sesetengah perisian yang digunakan dalam Google Drive mungkin ditawarkan di bawah lesen sumber terbuka yang akan kami sediakan untuk anda. Mungkin terdapat peruntukan dalam lesen sumber terbuka yang dengan jelas mengatasi sesetengah Syarat ini.

7. Mengubah Suai dan Menamatkan Google Drive

Perubahan kepada Google Drive. Kami sentiasa melakukan perubahan dan meningkatkan Google Drive. Kami mungkin melakukan peningkatan prestasi atau keselamatan, mengubah fungsi atau ciri, atau membuat perubahan untuk mematuhi undang-undang atau menghalang aktiviti yang menyalahi undang-undang atau menyalahgunakan sistem kami. Anda boleh melanggan untuk menerima maklumat tentang Google Drive di sini. Kami akan memberikan notis tentang perubahan penting pada Google Drive yang kami secara munasabahnya percaya dapat menjejaskan penggunaan Google Drive. Walau bagaimanapun, ada kalanya kami perlu membuat perubahan pada Google Drive tanpa memberikan notis. Ini terhad kepada kejadian yang perlu diambil tindakan untuk memastikan keselamatan dan kebolehoperasian perkhidmatan, menghalang penyalahgunaan atau tindakan yang perlu diambil untuk memenuhi keperluan undang-undang.

Penggantungan dan Penamatan. Anda boleh berhenti menggunakan Google Drive pada bila-bila masa meskipun kami berasa dukacita sekiranya anda meninggalkan kami. Kami boleh menggantung atau melumpuhkan secara kekal akses anda kepada Google Drive jika anda melanggar Syarat kami atau Dasar Program kami secara kerap atau berulangan. Kami akan memberikan notis awal tentang penggantungan atau pelumpuhan akses anda kepada Google Drive. Walau bagaimanapun, kami boleh menggantung atau melumpuhkan akses anda kepada Google Drive tanpa notis jika anda menggunakan Google Drive dengan cara yang boleh mengakibatkan kami menanggung liabiliti undang-undang atau mengganggu keupayaan pengguna lain mengakses dan menggunakan Google Drive.

Penamatan Perkhidmatan Google Drive. Jika kami membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Google Drive, kami akan memberi anda notis sekurang-kurangnya 60 hari sebelum penamatan itu dibuat. Dalam tempoh notis ini, anda berpeluang mengeluarkan fail anda daripada Google Drive. Anda tidak dapat mengakses fail setelah tempoh 60 hari ini tamat. Kami percaya bahawa anda merupakan pemilik fail anda dan kami perlu mengekalkan akses anda kepada fail itu. Untuk mendapatkan arahan tentang cara memuat turun fail anda, sila lawati halaman sokongan kami.

8. Membeli Storan Tambahan dan Bayaran

Storan Percuma. Google membenarkan anda menggunakan 15 GB storan dalam talian Google percuma (tertakluk pada pematuhan Syarat), yang boleh digunakan dengan Google Drive, Gmail dan Google Photos.

Beli Storan Tambahan. Anda juga boleh membeli storan tambahan (“Pelan Storan Berbayar”) sebagaimana yang diperlukan. Kami akan mengebil anda dari tarikh anda bertukar kepada Pelan Storan Berbayar dan pada setiap pembaharuan tempoh perkhidmatan berkala sehingga pembatalan. Untuk membeli Pelan Storan Berbayar, anda mesti bersetuju menerima syarat pembayaran seperti yang ditentukan dalam Syarat Perkhidmatan Google Payments. Jika anda tiada akaun Google Payment, anda boleh menyediakan akaun dengan melawati pautan ini dan anda juga dapat menemui maklumat lanjut tentang Google Payments. Syarat Perkhidmatan dan Notis Privasi Payments turut dikenakan setiap kali anda mahu membeli Pelan Storan Berbayar menggunakan akaun Google Payments. Sila pastikan bahawa anda membaca syarat itu dengan teliti sebelum membuat sebarang pembelian.

Pembatalan. Pelan Storan Berbayar anda akan kekal berkuat kuasa sehingga pelan itu dibatalkan, diturunkan taraf atau ditamatkan di bawah Syarat ini. Anda boleh membatalkan atau menurunkan taraf Pelan Storan Berbayar pada bila-bila masa dalam tetapan storan Google Drive anda. Pembatalan atau penurunan taraf anda akan dikenakan untuk tempoh pengebilan seterusnya selepas tempoh perkhidmatan semasa tamat. Jika anda tidak membayar Pelan Storan Berbayar pada waktunya, kami berhak menurunkan taraf akaun anda dan mengurangkan storan anda kepada tahap ruang percuma. Kami menerangkan pembatalan dan proses bayaran balik untuk Pelan Storan Berbayar anda dalam Dasar Pembelian, Pembatalan dan Bayar balik kami.

Perubahan Pelan dan Harga. Kami boleh mengubah pelan storan dan harga yang sedang berkuat kuasa tetapi kami akan memberi anda notis awal tentang perubahan ini. Perubahan ini akan dikenakan setelah tempoh perkhidmatan semasa anda tamat, apabila bayaran seterusnya perlu anda buat selepas notis tersebut. Kami akan memberi anda notis sekurang-kurangnya 30 hari lebih awal tentang kenaikan harga atau pengurangan pelan storan sebelum anda dikenakan bayaran. Jika anda diberikan notis kurang daripada 30 hari, perubahan itu tidak akan dikenakan sehingga bayaran selepas bayaran seterusnya perlu dibuat. Jika anda tidak mahu meneruskan dengan pelan storan atau harga yang dikemas kini, anda boleh membatalkan atau menurunkan taraf Pelan Storan Berbayar anda pada bila-bila masa dari dalam tetapan storan Google Drive anda. Pembatalan atau penurunan taraf akan dikenakan pada tempoh pengebilan seterusnya selepas tempoh perkhidmatan semasa; kami akan terus menyediakan fail anda atau memberi anda peluang untuk mengeluarkan fail anda daripada Google Drive.

9. Jaminan dan Penafian Kami

Kami menyediakan Google Drive menggunakan tahap kemahiran dan ketelitian yang munasabah dan kami berharap anda seronok menggunakan Google Drive. Namun, terdapat perkara tertentu yang tidak kami janjikan tentang Selain yang dinyatakan dengan jelas, kami tidak membuat apa-apa komitmen tentang fungsi khusus yang tersedia melalui Google Drive, keandalan, ketersediaan mahupun keupayaan Google Drive memenuhi keperluan anda.

10. Liabiliti untuk Google Drive

Google serta pembekal dan pengedarnya tidak bertanggungjawab atas:

(a) kerugian yang tidak disebabkan oleh pelanggaran Syarat ini;

(b) apa-apa kerugian atau kerosakan yang, pada masa kontrak berkaitan dengan anda dibentuk, bukanlah akibat yang dapat dijangka secara munasabah pelanggaran Syarat oleh Google; atau

(c) kerugian berkaitan dengan mana-mana perniagaan anda, termasuk kehilangan keuntungan, hasil, peluang atau data.

Jumlah liabiliti Google serta pembekal dan pengedarnya, untuk sebarang tuntutan di bawah syarat ini, termasuk untuk sebarang jaminan yang tersirat, adalah terhad kepada amaun yang anda bayar kepada kami untuk menggunakan perkhidmatan itu (atau, jika subjek tuntutan ialah perkhidmatan percuma, untuk memberikan perkhidmatan itu kepada anda lagi).

Tiada apa-apa dalam syarat ini yang bertujuan untuk mengecualikan atau mengehadkan liabiliti Google serta pembekal dan pengedarnya untuk kematian atau kecederaan diri, penipuan, salah nyata tipuan atau sebarang liabiliti yang tidak boleh dikecualikan oleh undang-undang.

11. Undang-undang yang Mengawal Syarat.

Jika anda bermastautin di luar Kawasan Kesatuan Eropah atau Switzerland, undang-undang, U.S.A., tidak termasuk peraturan percanggahan undang-undang California, akan digunakan bagi sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Syarat ini atau Google Drive. Semua tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Syarat ini atau Google Drive akan dibuat litigasinya secara eksklusif di mahkamah persekutuan atau mahkamah negeri di Daerah Santa Clara, California, USA. Anda dan Google bersetuju dengan bidang kuasa diri di mahkamah tersebut.

Jika anda bermastautin di Kawasan Kesatuan Eropah atau Switzerland, undang-undang dan mahkamah negara mastautin anda akan digunakan bagi sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Syarat ini atau Google Drive. Anda boleh mengemukakan prosiding undang-undang di mahkamah tempatan anda. Pertikaian boleh diserahkan untuk penyelesaian dalam talian ke platform Penyelesaian Pertikaian Dalam Talian Suruhanjaya Eropah.

12. Perihal Syarat ini

Kami mungkin mengubah suai Syarat ini atau mana-mana syarat tambahan yang berkaitan dengan Google Drive, contohnya: untuk mencerminkan perubahan pada Google Drive atau undang-undang, adat atau dasar politik atau ekonomi; atau sebagai respons kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh pengawal selia atau badan industri yang berkaitan; atau untuk membolehkan Google memenuhi kewajipannya. Anda harus menyemak Syarat ini secara kerap. Kami akan menyiarkan notis pengubahsuaian Syarat ini pada halaman ini. Kami akan menyiarkan notis tentang syarat tambahan yang diubah suai (“Syarat Tambahan”) dalam Google Drive dan akan menyediakan notis awal tentang perubahan penting pada Syarat kepada anda. Perubahan tidak dikenakan secara retroaktif dan akan berkuat kuasa sekurang-kurangnya 14 hari selepas disiarkan atau dimaklumkan kepada anda. Walau bagaimanapun, perubahan tentang fungsi atau ciri baharu (“Perkhidmatan Baharu”) atau perubahan yang dibuat untuk tujuan undang-undang akan dikuatkuasakan serta-merta. Jika anda tidak bersetuju terhadap syarat yang diubah suai untuk Perkhidmatan Baharu, anda haruslah berhenti daripada menggunakan Perkhidmatan Baharu itu (lihat “Penamatan” di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut).

Jika terdapat percanggahan antara Syarat ini dengan Syarat Tambahan, Syarat Tambahan akan mengawal percanggahan tersebut.

Syarat ini mengawal perhubungan antara Google dengan anda. Syarat ini tidak menghasilkan apa-apa hak benefisiari pihak ketiga.

Jika anda tidak mematuhi Syarat ini dan kami tidak mengambil tindakan dengan serta-merta, ini tidak bermakna bahawa kami melepaskan mana-mana hak yang mungkin kami miliki (seperti mengambil tindakan pada masa hadapan).

Jika syarat tertentu didapati tidak boleh dikuatkuasakan, ini tidak akan menjejaskan mana-mana syarat lain.

Untuk mendapatkan maklumat tentang cara menghubungi Google, sila lawati halaman hubungi kami.