Dasar Privasi Google
Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, itu bermakna anda mengamanahkan maklumat anda kepada kami. Kami faham bahawa ini merupakan tanggungjawab yang besar dan kami bekerja keras untuk melindungi maklumat anda serta meletakkan kawalan di tangan anda.
Dasar Privasi ini bertujuan untuk membantu anda memahami jenis maklumat yang kami kumpulkan dan tujuannya serta cara anda boleh mengemas kini, mengurus, mengeksport dan memadamkan maklumat anda.
Jika undang-undang perlindungan data Kesatuan Eropah atau United Kingdom dikenakan pada pemprosesan maklumat anda, anda boleh menyemak seksyen keperluan Eropah di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang hak anda dan pematuhan Google dengan undang-undang ini.
Kandungan-kandungan
Kami membinakan pelbagai perkhidmatan yang membantukan berjuta-juta insan untuk meneroka dan berinteraksi dengan dunia melalui cara-cara yang baharu setiap hari. Perkhidmatan kami termasuk:
- Apl, tapak-tapak dan peranti-peranti Google seperti Carian, YouTube dan Google Home
- Platform seperti penyemak imbas Chrome dan sistem pengendalian Android
- Produk yang disepadukan dalam apl serta laman pihak ketiga, seperti iklan, analitis dan Google Maps yang dibenamkan
Privasi anda boleh diurus melalui pelbagai cara dengan menggunakan perkhidmatan kami. Sebagai contoh, anda boleh mendaftar untuk membuat Google Account jika anda mahu membuat dan mengurus kandungan seperti e-mel dan foto atau melihat hasil carian yang lebih berkaitan. Anda juga boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan Google tanpa log masuk atau tanpa membuat akaun, misalnya membuat carian pada Google atau menonton video YouTube. Anda juga boleh memilih untuk menyemak imbas web dalam mod peribadi, seperti mod Inkognito Chrome, yang membantu anda mengekalkan kerahsiaan aktiviti semak imbas anda daripada orang lain yang menggunakan peranti anda. Himpunan perkhidmatan kami membolehkan anda melaraskan tetapan privasi anda untuk mengawal sama ada kami mengumpulkan sesetengah jenis data atau tidak dan cara kami menggunakan data tersebut.
Untuk membantu kami menjelaskan perkara ini dengan sebaik-baiknya, kami telah menambahkan pelbagai contoh, video penjelasan dan takrif bagi istilah-istilah penting. Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang Dasar Privasi ini, anda boleh menghubungi kami.
Maklumat yang dikumpul oleh Google
Kami mahu anda memahami jenis-jenis maklumat yang kami kumpul apabila anda menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami
Kami mengumpulkan maklumat untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih baik kepada semua pengguna kami – daripada memahami perkara asas seperti bahasa yang anda tuturkan, kepada perkara yang lebih rumit seperti iklan-iklan yang anda akan dapati lebih berguna, orang yang paling penting bagi anda dalam talian atau video-video YouTube yang mungkin anda sukai. Maklumat yang dikumpulkan oleh Google dan cara maklumat itu digunakan, bergantung pada cara anda menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami dan cara anda menguruskan kawalan privasi anda.
Apabila anda tidak log masuk ke Google Account, kami menyimpan maklumat yang kami kumpulkan bersama dengan pengecam unik yang dikaitkan kepada penyemak imbas, aplikasi atau peranti yang anda guna. Ini membantu kami melakukan perkara seperti mengekalkan pilihan anda pada semua sesi semakan imbas, seperti bahasa pilihan atau sama ada mahu menunjukkan hasil carian atau iklan yang lebih berkaitan berdasarkan aktiviti anda.
Apabila anda daftar masuk, kami juga mengumpulkan maklumat yang kami simpan dengan Akaun Google anda, yang kami kendalikan sebagai maklumat peribadi.
Perkara-perkara yang anda buat atau berikan kepada kami
Apabila anda membuat Google Account, anda memberi kami maklumat peribadi yang merangkumi nama dan kata laluan anda. Anda juga boleh memilih untuk menambahkan nombor telefon atau maklumat pembayaran pada akaun anda. Walaupun anda tidak log masuk ke Google Account, anda mungkin memilih untuk memberi kami maklumat — seperti alamat e-mel untuk berkomunikasi dengan Google atau menerima kemaskinian tentang perkhidmatan kami.
Kami juga mengumpulkan kandungan yang anda cipta, muat naik atau terima daripada orang lain semasa menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami. Ini termasuk perkara-perkara seperti e-mel yang anda tulis dan terima, foto-foto serta video-video yang anda simpan, dokumen-dokumen serta hamparan-hamparan yang anda cipta dan komen-komen yang anda buat pada video-video YouTube.
Maklumat yang kami kumpulkan semasa anda menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami
Apl, penyemak-penyemak imbas & peranti-peranti anda
Kami mengumpulkan maklumat tentang apl, penyemak-penyemak imbas dan peranti-peranti yang anda gunakan untuk mengakses perkhidmatan-perkhidmatan Google, yang membantu kami menyediakan ciri-ciri seperti kemas kini produk automatik dan memalapkan skrin jika bateri anda lemah.
Maklumat yang kami kumpul termasuk pengecam-pegecam unik, jenis dan tetapan-tetapan penyemak imbas, jenis dan tetapan-tetapan peranti, sistem pengendalian, maklumat rangkaian mudah alih termasuk nama pembawa, nombor telefon dan nombor versi apl. Kami juga mengumpulkan maklumat tentang interaksi apl, penyemak-penyemak imbas dan peranti-peranti anda dengan perkhidmatan-perkhidmatan kami, termasuk alamat IP, laporan-laporan ranap sistem, aktiviti sistem dan tarikh, masa serta URL perujuk bagi permintaan anda.
Kami mengumpulkan maklumat ini apabila perkhidmatan Google pada peranti anda menghubungi -pelayan kami — sebagai contoh, apabila anda memasang apl daripada Play Store atau apabila perkhidmatan menyemak untuk kemaskinian automatik. Jika anda menggunakan peranti Android dengan Google app, peranti anda akan menghubungi -pelayan Google secara berkala untuk memberikan maklumat tentang peranti anda dan sambungan kepada perkhidmatan kami. Maklumat ini termasuk perkara seperti jenis peranti dan nama pembawa anda, laporan ranap sistem, apl yang telah dipasang, dan, bergantung pada tetapan peranti anda, maklumat lain tentang cara anda menggunakan peranti Android anda.
Aktiviti anda
Kami mengumpulkan maklumat tentang aktiviti anda dalam perkhidmatan-perkhidmatan kami, yang kami gunakan untuk melakukan pelbagai perkara seperti mengesyorkan video YouTube yang mungkin anda sukai. Maklumat aktiviti yang kami kumpul mungkin termasuk:
- Istilah-istilah yang anda cari
- Video-video yang anda tonton
- Paparan-paparan dan interaksi-interaksi dengan kandungan serta iklan
- Maklumat suara dan audio
- Aktiviti pembelian
- Orang yang anda berkomunikasi atau berkongsi kandungan dengannya
- Aktiviti pada tapak-tapak dan apl pihak ketiga yang menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami
- Sejarah penyemakan imbas Chrome yang telah disegerakkan dengan Akaun Google anda
Jika anda menggunakan perkhidmatan kami untuk membuat dan menerima panggilan atau menghantar dan menerima mesej, kami mungkin mengumpulkan maklumat log panggilan dan mesej seperti nombor telefon anda, nombor pihak yang memanggil, nombor pihak yang menerima, nombor ajuan, alamat e-mel pengirim dan penerima, masa dan tarikh panggilan dan mesej, tempoh panggilan, maklumat penghalaan dan jenis serta jumlah panggilan dan mesej.
Anda boleh melawati Akaun Google anda untuk mencari dan menguruskan maklumat aktiviti yang disimpan dalam akaun anda.
Maklumat lokasi anda
Kami mengumpulkan maklumat lokasi apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, yang membantu kami menawarkan ciri seperti arah memandu, hasil carian untuk perkara berdekatan anda dan iklan berdasarkan lokasi anda.
Bergantung pada produk yang anda gunakan dan tetapan yang anda pilih, Google mungkin menggunakan jenis maklumat lokasi yang berbeza supaya sesetengah perkhidmatan dan produk lebih berguna bagi anda. Perkara ini termasuk:
- Data GPS dan data penderia lain daripada peranti anda
- Alamat IP
- Aktiviti pada perkhidmatan Google, seperti daripada carian anda atau tempat yang anda labelkan seperti rumah atau tempat kerja
- Maklumat tentang pelbagai perkara berdekatan dengan peranti anda, seperti titik-titik akses Wi-Fi, Menara-menara selular dan peranti-peranti yang didayakan Bluetooth
Jenis data lokasi yang kami kumpulkan dan tempoh kami menyimpan data ini sebahagiannya bergantung pada tetapan peranti dan akaun anda. Sebagai contoh, anda boleh menghidupkan atau mematikan lokasi peranti Android anda menggunakan apl tetapan peranti. Anda juga boleh menghidupkan Sejarah Lokasi jika anda ingin membuat peta peribadi untuk tempat yang anda kunjungi dengan peranti anda yang dilog masuk. Selain itu, jika tetapan Aktiviti Web & Apl didayakan, carian anda dan aktiviti lain daripada perkhidmatan Google, yang mungkin turut termasuk maklumat lokasi, akan disimpan pada Google Account anda. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menggunakan maklumat lokasi.
Dalam sesetengah keadaan, Google juga mengumpulkan maklumat tentang anda daripada sumber yang dapat diakses secara terbuka. Sebagai contoh, jika nama anda terpapar dalam akhbar tempatan, enjin Carian daripada Google mungkin mengindeks artikel itu dan memaparkan artikel tersebut kepada orang lain jika mereka mencari nama anda. Kami juga mungkin mengumpulkan maklumat tentang anda daripada rakan kongsi yang dipercayai, seperti perkhidmatan direktori yang memberi kami maklumat perniagaan untuk dipaparkan pada perkhidmatan Google, rakan kongsi pemasaran yang memberi kami maklumat tentang bakal pelanggan perkhidmatan perniagaan kami dan rakan kongsi keselamatan yang memberi kami maklumat tentang perlindungan daripada penyalahgunaan. Kami juga menerima maklumat daripada rakan kongsi supaya menyediakan perkhidmatan pengiklanan dan penyelidikan bagi pihak mereka.
Kami menggunakan pelbagai teknologi untuk mengumpulkan dan menyimpan maklumat, termasuk kuki-kuki, teg-teg piksel, storan setempat, seperti storan web penyemak imbas atau cache data aplikasi, pangkalan-pangkalan data dan log-log pelayan.
Sebab Google mengumpulkan data
Kami menggunakan data untuk membinakan perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih baik
Kami menggunakan maklumat yang dikumpulkan daripada semua perkhidmatan kami untuk tujuan berikut:
Menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan kami
Kami menggunakan maklumat anda untuk menyampaikan perkhidmatan-perkhidmatan kami, seperti memproseskan istilah-istilah yang anda cari untuk mengembalikan hasil-hasil carian atau membantu anda berkongsi kandungan dengan mencadangkan penerima-penerima daripada senarai kenalan anda.
Menyelenggara & meningkatkan perkhidmatan-perkhidmatan kami
Kami juga menggunakan maklumat anda untuk memastikan perkhidmatan-perkhidmatan kami berfungsi seperti yang diharap, seperti menjejaki gangguan-gangguan atau isu-isu penyelesaian masalah yang anda laporkan kepada kami. Kami juga menggunakan maklumat anda untuk membuat perbaikan pada perkhidmatan-perkhidmatan kami — sebagai contoh, tindakan memahami istilah-istilah carian yang paling sering disalah eja membantu kami memperbaikkan ciri-ciri semakan ejaan yang digunakan di seluruh perkhidmatan kami.
Membangunkan perkhidmatan-perkhidmatan baharu
Kami menggunakan maklumat yang dikumpulkan dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang sedia ada untuk membantu kami membangunkan perkhidmatan-perkhidmatan yang baharu. Sebagai contoh, tindakan memahami cara orang menyusun foto mereka di Picasa, iaitu apl foto pertama Google, telah membantu kami mereka bentuk dan melancarkan Google Photos.
Menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang diperibadikan, termasuk kandungan dan iklan
Maklumat yang dikumpulkan digunakan untuk menyesuaikan perkhidmatan kami kepada anda, termasuk memberikan syor, kandungan yang diperibadikan dan hasil carian tersuai. Sebagai contoh, Pemeriksaan Keselamatan memberikan petua keselamatan khusus kepada cara anda menggunakan produk Google. Bergantung pada tetapan sedia ada, Google Play dapat menggunakan maklumat seperti apl yang telah anda pasang dan video yang anda tonton pada YouTube untuk mencadangkan apl baharu yang mungkin anda suka.
Bergantung pada tetapan anda, kami juga mungkin menunjukkan iklan diperibadikan berdasarkan minat dan aktiviti anda merentas perkhidmatan Google. Sebagai contoh, jika anda membuat carian untuk “basikal bukit”, anda mungkin melihat iklan untuk peralatan sukan pada YouTube. Anda boleh mengawal maklumat yang kami gunakan untuk menunjukkan iklan kepada anda dengan melawati tetapan iklan anda dalam Pusat Iklan Saya.
- Kami tidak menunjukkan iklan-iklan yang diperibadikan berdasarkan kategori-kategori yang sensitif, seperti bangsa, agama, orientasi seksual atau kesihatan.
- Kami tidak menunjukkan iklan diperibadikan kepada anda berdasarkan kandungan anda daripada Drive, Gmail atau Photos.
- Kami tidak akan berkongsi maklumat yang mengecam anda secara peribadi, seperti nama atau e-mel dengan pengiklan melainkan jika anda meminta kami berbuat demikian. Sebagai contoh, jika anda melihat iklan untuk kedai bunga berdekatan dan memilih butang “ketik untuk memanggil”, kami akan menyambungkan panggilan anda dan mungkin berkongsi nombor telefon anda dengan kedai bunga tersebut.
Ukur prestasi
Kami menggunakan data bagi tujuan analisis dan pengukuran untuk memahami cara perkhidmatan kami digunakan. Sebagai contoh, kami menganalisis data tentang lawatan anda kepada laman kami untuk melakukan perkara seperti mengoptimumkan reka bentuk produk. Selain itu, kami juga menggunakan data daripada interaksi iklan anda, termasuk aktiviti Google Search anda yang berkaitan, untuk membantu pengiklan memahami prestasi kempen pengiklanan mereka. Kami menggunakan pelbagai alatan untuk melakukan perkara ini, termasuk Google Analytics. Apabila anda melawati laman atau menggunakan apl yang menggunakan Google Analytics, pelanggan Google Analytics mungkin memilih untuk membolehkan Google memautkan maklumat tentang aktiviti anda daripada laman atau apl itu dengan aktiviti daripada laman atau apl lain yang menggunakan perkhidmatan iklan kami.
Berkomunikasi dengan anda
Kami menggunakan maklumat yang kami kumpul, seperti alamat e-mel anda, untuk berinteraksi dengan anda secara langsung. Sebagai contoh, kami mungkin menghantar pemberitahuan kepada anda jika kami mengesan aktiviti yang mencurigakan, seperti percubaan untuk daftar masuk ke Akaun Google anda dari lokasi yang tidak biasa. Kami juga mungkin memberitahu anda tentang perubahan-perubahan atau perbaikan-perbaikan yang akan datang kepada perkhidmatan-perkhidmatan kami. Selain itu, jika anda menghubungi Google, kami akan menyimpan rekod permintaan anda untuk membantu anda menyelesaikan sebarang isu yang mungkin anda hadapi.
Melindungi Google, pengguna-pengguna kami dan orang ramai
Kami menggunakan maklumat untuk membantu kami meningkatkan tahap keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan kami. Ini termasuk mengesan, menghalang dan bertindak balas terhadap penipuan, penyalahgunaan, risiko keselamatan dan isu teknikal yang dapat membahayakan Google, pengguna kami atau orang ramai.
Kami menggunakan beberapa teknologi yang berlainan untuk memproses maklumat anda untuk tujuan ini. Kami menggunakan system-sistem automatik yang menganalisis kandungan anda untuk memberi anda perkara-perkara seperti hasil-hasil carian yang tersuai, iklan-iklan yang diperibadikan atau ciri-ciri lain yang disesuaikan dengan cara anda menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami. Kami juga menganalisis kandungan anda untuk membantu kami mengesan penyalahgunaan seperti spam, perisian hasad dan kandungan haram. Kami juga menggunakan algoritma untuk mengenal pasti pola-pola dalam data. Sebagai contoh, Google Terjemah membantu orang berkomunikasi dalam pelbagai bahasa dengan mengesan pola-pola bahasa biasa dalam frasa-frasa yang anda minta kami terjemah.
Kami boleh menggunakan maklumat yang dikumpulkan merentas perkhidmatan kami dan peranti anda untuk tujuan yang diterangkan di atas. Sebagai contoh, bergantung pada tetapan anda yang tersedia, jika anda menonton video pemain gitar pada YouTube, anda mungkin melihat iklan untuk kelas gitar pada laman yang menggunakan produk iklan kami. Bergantung pada tetapan akaun anda, aktiviti anda pada laman dan apl lain boleh dikaitkan dengan maklumat peribadi anda untuk meningkatkan perkhidmatan Google dan iklan yang disampaikan oleh Google.
Jika pengguna-pengguna lain sudah pun mempunyai alamat e-mel atau maklumat lain yang mengenal pasti anda, kami mungkin menunjukkan maklumat Akaun Google anda yang boleh dikelihatan kepada umum, seperti nama dan foto anda kepada mereka. Contohnya, ini membantu orang mengenal pasti e-mel yang berasal daripada anda.
Kami akan memintakan persetujuan anda sebelum menggunakan maklumat anda untuk tujuan yang tidak dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.
Kawalan privasi anda
Anda mempunyai pilihan berhubung maklumat yang kami kumpulkan dan cara maklumat itu digunakan
Bahagian ini menerangkan kawalan utama untuk mengurus privasi anda di seluruh perkhidmatan kami. Anda juga boleh melawati Semakan Privasi, yang memberikan peluang untuk menyemak dan melaraskan tetapan-tetapan privasi yang penting. Di samping alatan-alatan ini, kami juga menawarkan tetapan-tetapan privasi khusus dalam produk-produk kami — anda boleh mengetahui lebih lanjut di Panduan Privasi Produk.
Mengurus, menyemak dan mengemas kini maklumat anda
Apabila anda daftar masuk, anda boleh menyemak dan mengemas kini maklumat dengan melawati perkhidmatan-perkhidmatan yang anda guna pada bila-bila masa. Sebagai contoh, kedua-dua Photos dan Drive direka untuk membantu anda menguruskan jenis kandungan tertentu yang telah disimpan dengan Google.
Kami juga menyediakan tempat untuk anda menyemak dan mengawalkan maklumat yang disimpan dalam Akaun Google anda. Akaun Google anda termasuk:
Kawalan privasi
Kawalan Aktiviti
Tentukan jenis-jenis aktiviti yang ingin disimpan dalam akaun anda. Contohnya, jika anda telah menghidupkan Sejarah YouTube, video yang anda tonton dan perkara yang anda cari disimpan dalam akaun anda supaya anda boleh mendapat syor yang lebih baik dan mengingati tempat anda berhenti. Jika anda juga telah menghidupkan Aktiviti Web & Apl, carian dan aktiviti anda daripada perkhidmatan Google yang lain disimpan dalam akaun anda supaya anda boleh mendapat pengalaman yang lebih diperibadikan seperti carian yang lebih pantas dan apl serta syor kandungan yang lebih berguna. Aktiviti Web & Apl juga mempunyai subtetapan yang membolehkan anda mengawal sama ada maklumat tentang aktiviti anda pada laman, apl dan peranti lain yang menggunakan perkhidmatan Google, seperti apl yang anda pasang dan gunakan pada Android, disimpan dalam Google Account anda dan digunakan untuk meningkatkan perkhidmatan Google.
Tetapan iklan
Urus pilihan anda tentang iklan-iklan yang ditunjukkan kepada anda di Google dan di tapak-tapak serta apl yang bekerjasama dengan Google untuk memaparkan iklan-iklan. Anda boleh mengubah suai minat-minat anda, memilih sama ada maklumat peribadi anda digunakan untuk menjadikan iklan-iklan lebih berkaitan dengan anda dan menghidupkan atau mematikan perkhidmatan-perkhidmatan pengiklanan tertentu.
Perihal anda
Urus maklumat peribadi dalam Google Account anda dan kawal orang yang dapat melihat maklumat ini di seluruh perkhidmatan Google.
Saranan kenalan
Pilih sama ada nama dan foto anda dipaparkan di sebelah aktiviti anda, seperti ulasan-ulasan dan pengesyoran-pengesyoran, yang dipaparkan dalam iklan-iklan.
Laman dan apl yang menggunakan perkhidmatan Google
Urus maklumat yang laman web dan apl yang menggunakan perkhidmatan Google, seperti Google Analytics, mungkin kongsikan dengan Google apabila anda melawati atau berinteraksi dengan perkhidmatan mereka.
Lawati Cara Google menggunakan maklumat daripada laman atau apl yang menggunakan perkhidmatan kami
Cara-cara untuk menyemak & mengemas kini maklumat anda
Aktiviti Saya
Aktiviti Saya membenarkan anda menyemak dan mengawal data yang disimpan pada Google Account apabila anda telah log masuk dan menggunakan perkhidmatan Google, seperti carian yang telah anda lakukan atau lawatan anda ke Google Play. Anda boleh menyemak imbas mengikut tarikh dan topik serta memadamkan sebahagian atau kesemua aktiviti anda.
Papan Pemuka Google
Papan Pemuka Google membolehkan anda mengurus maklumat yang berkaitan dengan produk tertentu.
Maklumat peribadi anda
Urus maklumat hubungan anda, seperti nama, e-mel dan nombor telefon.
Apabila anda didaftar keluar, anda boleh menguruskan maklumat yang berkaitan dengan penyemak imbas atau peranti anda, termasuk:
- Pemperibadian carian selepas daftar keluar: Pilih sama ada aktiviti carian anda digunakan untuk menawarkan hasil-hasil dan pengesyoran-pengesyoran yang lebih berkaitan.
- Tetapan-tetapan YouTube: Jeda dan padamkan Sejarah Carian YouTube dan Sejarah Tontonan YouTube anda.
- Tetapan Iklan: Urus pilihan anda tentang iklan-iklan yang ditunjukkan kepada anda di Google dan di tapak-tapak serta apl yang bekerjasama dengan Google untuk memaparkan iklan-iklan.
Mengeksportkan, mengalih keluarkan & memadamkan maklumat anda
Anda boleh mengeksport salinan kandungan dalam Akaun Google anda jika anda mahu menyandarkannya atau menggunakannya dengan perkhidmatan di luar Google.
Untuk memadamkan maklumat, anda boleh:
- Memadamkan kandungan anda daripada perkhidmatan-perkhidmatan Google tertentu
- Mencari dan kemudian memadamkan item tertentu daripada akaun anda menggunakan Aktiviti Saya
- Memadamkan produk-produk Google tertentu, termasuk maklumat anda yang berkaitan dengan produk-produk tersebut
- Memadamkan seluruh Akaun Google anda
Pengurus Akaun Tidak Aktif membolehkan anda memberi orang lain akses kepada sebahagian Google Account anda sekiranya anda tidak dapat menggunakan akaun anda lagi secara tiba-tiba.
Dan akhirnya, anda juga boleh meminta untuk mengalih keluarkan kandungan daripada perkhidmatan Google yang tertentu berdasarkan undang-undang yang berkenaan dan dasar kami.
Terdapat cara-cara lain untuk mengawal maklumat yang dikumpul oleh Google tanpa mengira sama ada anda daftar masuk ke Akaun Google atau tidak, yang termasuk:
- Tetapan-tetapan penyemak imbas: Sebagai contoh, anda boleh mengkonfigurasi penyemak imbas anda supaya menunjukkan apabila Google telah menetapkan kuki pada penyemak imbas anda. Anda juga boleh mengkonfigurasi penyemak imbas anda supaya menyekat semua kuki daripada domain tertentu atau semua domain. Tetapi perlu diingat bahawa perkhidmatan-perkhidmatan kami bergantung pada kuki untuk berfungsi dengan betul, untuk pelbagai perkara seperti mengingati pilihan bahasa anda.
- Tetapan tahap peranti: Peranti anda mungkin ada kawalan yang menentukan maklumat yang kami kumpul. Sebagai contoh, anda boleh mengubah suai tetapan lokasi pada peranti Android anda.
Berkongsi maklumat anda
Apabila anda berkongsi maklumat anda
Kebanyakan perkhidmatan kami membolehkan anda berkongsi maklumat dengan orang lain dan anda mempunyai kawalan terhadap cara anda berkongsi. Sebagai contoh, anda boleh berkongsi video-video di YouTube secara terbuka atau anda boleh memutuskan untuk menyimpan video anda secara tertutup. Ingat, apabila anda berkongsi maklumat secara terbuka, kandungan anda mungkin akan dapat diakses melalui enjin-enjin carian, termasuk Carian Google.
Apabila anda log masuk dan berinteraksi dengan sesetengah perkhidmatan Google, seperti meninggalkan ulasan pada video YouTube atau mengulas apl di Play, nama dan foto anda akan dipaparkan di sebelah aktiviti anda. Kami juga mungkin memaparkan maklumat ini dalam iklan, bergantung pada tetapan Saranan Kenalan anda.
Apabila Google berkongsi maklumat anda
Kami tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat-syarikat, organisasi-organisasi atau individu-individu di luar Google kecuali dalam keadaan berikut:
Dengan keizinan anda
Kami akan berkongsi maklumat peribadi di luar Google apabila kami mendapat persetujuan anda. Sebagai contoh, jika anda menggunakan Google Home untuk membuat tempahan melalui perkhidmatan tempahan, kami akan mendapatkan kebenaran anda sebelum berkongsi nama atau nombor telefon anda dengan restoran. Kami juga memberi anda kawalan untuk menyemak dan mengurus apl dan laman pihak ketiga yang telah anda berikan akses kepada data dalam Google Account anda. Kami akan meminta persetujuan anda yang jelas untuk berkongsi sebarang maklumat peribadi yang sensitif.
Dengan pentadbir domain
Jika anda seorang pelajar atau bekerja di organisasi yang menggunakan perkhidmatan Google, pentadbir domain dan penjual semula yang mengurus akaun anda akan mempunyai akses kepada Akaun Google anda. Mereka mungkin dapat:
- Mengakses dan mengekalkan maklumat yang disimpan dalam akaun anda, seperti e-mel anda
- Melihat statistic-statistik berkenaan akaun anda, seperti bilangan apl yang dipasang
- Menukarkan kata laluan akaun anda
- Menggantungkan atau menamatkan akses akaun anda
- Menerima maklumat akaun anda untuk mematuhi undang-undang, peraturan, proses undang-undang yang berkaitan atau arahan kerajaan yang boleh dikuatkuasakan
- Mengehadkan keupayaan anda untuk memadamkan atau mengeditkan maklumat atau tetapan-tetapan privasi
Untuk pemprosesan luar
Kami memberikan maklumat peribadi kepada ahli gabungan kami dan perniagaan atau orang lain yang dipercayai untuk memproses maklumat ini untuk kami, berdasarkan arahan kami dan dengan cara yang mematuhi Dasar Privasi kami dan sebarang langkah kerahsiaan dan keselamatan lain yang bersesuaian. Contohnya, kami menggunakan penyedia perkhidmatan untuk membantu pengendalian pusat data kami, menyampaikan produk dan perkhidmatan kami, meningkatkan proses perniagaan dalaman kami serta menawarkan sokongan tambahan kepada pelanggan dan pengguna. Kami juga menggunakan penyedia perkhidmatan untuk membantu kami menyemak kandungan video YouTube untuk keselamatan awam dan menganalisis serta mendengar contoh sampel audio pengguna yang disimpan untuk membantu kami meningkatkan teknologi pengecaman audio Google.
Untuk tujuan undang-undang
Kami akan berkongsi maklumat peribadi di luar Google jika kami penuh percaya bahawa pendedahan maklumat tersebut adalah wajar untuk:
- Memberikan respons kepada sebarang undang-undang yang bersesuaian, peraturan, proses undang-undang atau arahan kerajaan yang boleh dikuatkuasakan. Kami akan berkongsi maklumat tentang bilangan dan jenis arahan yang kami terima daripada kerajaan dalam Laporan Ketelusan kami.
- Menguatkuasakan Syarat Perkhidmatan yang berkenaan, termasuk menyiasat pelanggaran-pelanggaran yang mungkin berlaku.
- Mengesan, menghalang atau menangani isu-isu penipuan, keselamatan atau teknikal.
- Melindungi daripada kemudaratan terhadap hak, harta atau keselamatan Google, pengguna kami atau orang awam.
Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi yang tidak boleh dikenal pasti secara terbuka dan dengan rakan-rakan kongsi kami — seperti para penerbit, para pengiklan, pembangun-pembangun atau pemegang-pemegang hak. Sebagai contoh, kami berkongsi maklumat secara terbuka untuk menunjukkan arah aliran tentang penggunaan am perkhidmatan-perkhidmatan kami. Kami juga membenarkan rakan-rakan kongsi tertentu untuk mengumpulkan maklumat daripada penyemak imbas atau peranti anda untuk tujuan pengiklanan dan pengukuran menggunakan kuki-kuki atau teknologi-teknologi yang serupa.
Sekiranya Google terlibat dalam penggabungan, pemerolehan atau penjualan aset, kami akan terus menjamin kerahsiaan maklumat peribadi anda dan memberikan notis kepada pengguna-pengguna yang terbabit sebelum maklumat peribadi dipindahkan atau diletakkan di bawah dasar privasi yang lain.
Memastikan maklumat anda selamat
Kami membinakan keselamatan dalam perkhidmatan-perkhidmatan kami untuk melindungi maklumat anda
Semua produk Google dibina dengan ciri-ciri keselamatan yang kukuh yang sentiasa melindungi maklumat anda. Cerapan yang diperolehi daripada menyelenggara perkhidmatan-perkhidmatan kami membantu kami mengesan dan menghalang ancaman-ancaman keselamatan secara automatik daripada sampai kepada anda. Jika kami mengesan sesuatu yang berisiko yang pada pendapat kami, anda harus tahu tentangnya, kami akan memberitahu anda dan membantu dalam membimbing anda melalui langkah-langkah untuk memastikan anda dilindungi dengan lebih baik.
Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk melindungi anda dan Google daripada akses, pemindaan, penzahiran atau pemusnahan tanpa kebenaran terhadap maklumat yang kami pegang, yang termasuk:
- Kami menggunakan penyulitan untuk memastikan data anda dirahsiakan semasa dalam transit
- Kami menawarkan pelbagai ciri keselamatan, seperti Penyemakan Imbas Selamat, Pemeriksaan Keselamatan dan Pengesahan 2 Langkah untuk membantu anda melindungi akaun anda
- Kami menyemak amalan-amalan pengumpulan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat kami, termasuk langkah-langkah keselamatan fizikal, untuk mencegah akses tanpa kebenaran kepada sistem-sistem kami
- Kami mengehadkan akses kepada maklumat peribadi kepada kakitangan-kakitangan, kontraktor-kontraktor dan ejen-ejen Google yang memerlukan maklumat tersebut untuk memprosesnya. Sesiapa yang mempunyai akses ini tertakluk pada kewajipan kerahsiaan berkontrak yang ketat dan boleh dikenakan tindakan disiplin atau perkhidmatannya boleh ditamatkan jika mereka gagal memenuhi kewajipan-kewajipan ini.
Mengeksport & memadamkan maklumat anda
Anda boleh mengeksport salinan maklumat anda atau memadamkannya daripada Akaun Google anda pada bila-bila masa
Anda boleh mengeksport salinan kandungan dalam Akaun Google anda jika anda mahu menyandarkannya atau menggunakannya dengan perkhidmatan di luar Google.
Untuk memadamkan maklumat, anda boleh:
- Memadamkan kandungan anda daripada perkhidmatan-perkhidmatan Google tertentu
- Mencari dan kemudian memadamkan item tertentu daripada akaun anda menggunakan Aktiviti Saya
- Memadamkan produk-produk Google tertentu, termasuk maklumat anda yang berkaitan dengan produk-produk tersebut
- Memadamkan seluruh Akaun Google anda
Mengekalkan maklumat anda
Kami mengekalkan data yang kami kumpulkan untuk tempoh masa yang berlainan bergantung pada jenis data, cara kami menggunakan data itu dan cara anda mengkonfigurasikan tetapan anda:
- Terdapat sesetengah data yang boleh anda padamkan pada bila-bila masa, seperti maklumat peribadi anda atau kandungan yang anda buat atau muat naik, seperti foto dan dokumen. Anda juga boleh memadamkan maklumat aktiviti yang disimpan dalam akaun anda atau memilih untuk maklumat itu dipadamkan secara automatik selepas tempoh masa tertentu. Kami akan menyimpan data ini dalam Google Account anda hingga anda mengalih keluar data itu atau memilih untuk data itu dialih keluar.
- Data lain dipadamkan atau dijadikan bentuk yang mana anda tidak boleh dikenal pasti secara automatik selepas tempoh masa yang ditetapkan, seperti data pengiklanan dalam log pelayan.
- Kami menyimpan sesetengah data sehinggalah anda memadamkan Akaun Google anda, seperti maklumat tentang kekerapan anda menggunakan perkhidmatan kami.
- Sesetengah data pula, kami simpan untuk tempoh masa yang lebih lama apabila perlu untuk tujuan perniagaan atau perundangan yang sah, seperti keselamatan, pencegahan penipuan dan penyalahgunaan atau penyimpanan rekod kewangan.
Apabila anda memadamkan data, kami mengikut proses pemadaman untuk memastikan data anda selamat dan dialih keluar sepenuhnya daripada pelayan kami atau dikekalkan dalam bentuk yang mana anda tidak boleh dikenal pasti sahaja. Kami cuba memastikan perkhidmatan kami melindungi maklumat daripada pemadaman yang tidak sengaja atau yang berniat jahat. Justeru itu, mungkin terdapat penangguhan antara masa anda memadamkan sesuatu dengan masa salinan dipadamkan daripada sistem aktif dan sandaran kami.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang tempoh pengekalan data Google, termasuk tempoh masa yang kami ambil untuk memadamkan maklumat anda.
Pematuhan & kerjasama dengan pengawal-pengawal selia
Dasar Privasi ini sentiasa dikaji semula dan kami akan memastikan maklumat anda diproses dengan cara-cara yang mematuhi peraturan.
Pemindahan data
Kami menyelenggara pelayan di seluruh dunia dan maklumat anda mungkin diproses pada pelayan yang terletak di luar negara tempat anda tinggal. Undang-undang perlindungan data berbeza-beza mengikut negara dan sesetengah negara menyediakan perlindungan yang lebih luas terhadap perlindungan data berbanding negara lain. Kami menggunakan perlindungan yang sama seperti yang dihuraikan dalam dasar ini tanpa mengira tempat maklumat anda diproses. Kami juga mematuhi rangka kerja perundangan tertentu yang berkaitan dengan pemindahan data.
Apabila kami menerima aduan-aduan bertulis rasmi, kami akan bertindak balas dengan menghubungi orang yang membuat aduan tersebut. Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa kawal selia yang berkenaan, termasuk pihak berkuasa perlindungan data tempatan, untuk menyelesaikan sebarang aduan tentang pemindahan data anda yang tidak dapat diselesaikan secara langsung dengan anda.
Keperluan-keperluan Eropah
Cara menggunakan hak anda dan menghubungi Google
Jika undang-undang perlindungan data Kesatuan Eropah (EU) atau United Kingdom (UK) dikenakan pada pemprosesan maklumat anda, kami menyediakan kawalan yang diterangkan dalam dasar ini supaya anda boleh menggunakan hak anda untuk meminta akses kepada, mengemas kini, mengalih keluar dan menyekat pemprosesan maklumat anda. Anda juga berhak membantah pemprosesan maklumat anda atau pengeksportan maklumat anda ke perkhidmatan lain.
Jika anda mempunyai soalan tambahan atau permintaan berkaitan dengan hak anda, anda boleh menghubungi Google dan pejabat perlindungan data kami. Anda juga boleh menghubungi pihak berkuasa perlindungan data tempatan anda jika anda mempunyai kebimbangan tentang hak anda di bawah undang-undang tempatan.
Pengawal data
Melainkan dinyatakan sebaliknya dalam notis privasi khusus perkhidmatan, pengawal data yang bertanggungjawab untuk memproses maklumat anda bergantung pada lokasi anda:
- Google Ireland Limited untuk pengguna perkhidmatan Google yang beribu pejabat di Kawasan Ekonomi Eropah atau Switzerland, yang beralamat di Gordon House, Barrow Street, Dublin 4, Ireland.
- Google LLC untuk pengguna perkhidmatan Google yang beribu pejabat di United Kingdom, yang beralamat di 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, California 94043, USA.
Google LLC ialah pengawal data yang bertanggungjawab untuk memproses maklumat yang diindeks dan dipaparkan dalam perkhidmatan seperti Google Search dan Google Maps walau di mana jua lokasi anda. Google Ireland Limited ialah pengawal data yang bertanggungjawab untuk memproses maklumat untuk melatih model AI Google bagi tujuan penggunaan model tersebut dalam perkhidmatan yang disediakan oleh Google Ireland Limited di Kawasan Ekonomi Eropah atau Switzerland.
Asas yang sah untuk pemprosesan
Kami memproses maklumat anda untuk tujuan yang dijelaskan dalam dasar ini, berdasarkan asas perundangan yang berikut:
- Kami memproses data anda untuk menyediakan perkhidmatan yang telah anda minta di bawah kontrak.
- Kami memproses maklumat anda untuk kepentingan sah kami dan pihak ketiga di samping melaksanakan perlindungan yang sesuai untuk melindungi privasi anda.
- Kami memproses data anda apabila perlu untuk melindungi kepentingan vital anda atau orang lain.
- Kami memproses data anda apabila kami mempunyai kewajipan undang-undang untuk berbuat demikian.
- Kami meminta persetujuan anda untuk memproses data anda bagi tujuan tertentu dan anda berhak untuk menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa.
Cara anda menggunakan perkhidmatan Google dan tetapan privasi anda akan menentukan jenis data yang diproses, tujuan data ini diproses dan asas perundangan untuk pemprosesan data. Jadual di bawah menjelaskan tujuan pemprosesan ini, jenis data yang diproses dan asas perundangan untuk memproses data ini, secara lebih terperinci.
Sebab dan cara kami memproses data | Jenis data yang diproses | Asas perundangan |
---|---|---|
Untuk menyediakan perkhidmatan, produk dan ciri Google Contoh aktiviti pemprosesan:
| Maklumat yang diproses akan bergantung pada cara anda menggunakan perkhidmatan Google dan tetapan anda tetapi boleh termasuk perkara berikut:
| Asas perundangan untuk memproses maklumat ini akan bergantung pada cara anda menggunakan perkhidmatan Google dan tetapan anda tetapi boleh termasuk perkara yang berikut:
|
Untuk menyelenggara dan meningkatkan perkhidmatan, produk dan ciri Google Untuk menyelenggara perkhidmatan supaya berfungsi seperti yang sepatutnya, seperti menyahpepijat perkhidmatan, menjejaki masalah atau menyelesaikan masalah. Contoh aktiviti pemprosesan:
Untuk membuat peningkatan kepada perkhidmatan Google dan untuk meningkatkan keselamatan dan keandalan perkhidmatan ini, seperti untuk mengesan, mencegah dan bertindak balas kepada penipuan, penyalahgunaan, risiko keselamatan dan masalah teknikal yang boleh memudaratkan perkhidmatan atau pengguna. Contoh aktiviti pemprosesan:
| Maklumat yang diproses akan bergantung pada cara anda menggunakan perkhidmatan Google dan tetapan anda tetapi boleh termasuk perkara berikut:
| Asas perundangan untuk memproses maklumat ini akan bergantung pada cara anda menggunakan perkhidmatan Google dan tetapan anda tetapi boleh termasuk perkara yang berikut:
|
Untuk membangunkan perkhidmatan, produk dan ciri Google yang baharu Contoh aktiviti pemprosesan:
| Maklumat yang diproses akan bergantung pada cara anda menggunakan perkhidmatan Google dan tetapan anda tetapi boleh termasuk perkara berikut:
| Asas perundangan untuk memproses maklumat ini akan bergantung pada cara anda menggunakan perkhidmatan Google dan tetapan anda tetapi boleh termasuk perkara yang berikut:
|
Menyediakan perkhidmatan yang diperibadikan, termasuk kandungan dan iklan Untuk menyesuaikan perkhidmatan kami untuk anda, termasuk menyediakan syor, kandungan diperibadikan dan hasil carian tersuai. Contoh aktiviti pemprosesan:
Bergantung pada tetapan anda, untuk memaparkan iklan diperibadikan berdasarkan minat anda. Contoh aktiviti pemprosesan:
| Maklumat yang diproses akan bergantung pada cara anda menggunakan perkhidmatan Google dan tetapan anda tetapi boleh termasuk perkara berikut:
| Asas perundangan untuk memproses maklumat ini akan bergantung pada cara anda menggunakan perkhidmatan Google dan tetapan anda tetapi boleh termasuk perkara yang berikut:
|
Untuk mengukur prestasi - Kami menggunakan data untuk analitis dan ukuran untuk memahami cara perkhidmatan kami digunakan. Contoh aktiviti pemprosesan:
| Maklumat yang diproses akan bergantung pada cara anda menggunakan perkhidmatan Google dan tetapan anda tetapi boleh termasuk perkara berikut:
| Asas perundangan untuk memproses maklumat ini akan bergantung pada cara anda menggunakan perkhidmatan Google dan tetapan anda tetapi boleh termasuk perkara yang berikut:
|
Untuk berkomunikasi dengan anda - Kami menggunakan maklumat yang dikumpulkan, seperti alamat e-mel anda, untuk berinteraksi terus dengan anda. Contoh aktiviti pemprosesan:
| Maklumat yang diproses akan bergantung pada cara anda menggunakan perkhidmatan Google dan tetapan anda tetapi boleh termasuk perkara berikut:
| Asas perundangan untuk memproses maklumat ini akan bergantung pada cara anda menggunakan perkhidmatan Google dan tetapan anda tetapi boleh termasuk perkara yang berikut:
|
Untuk melindungi Google, pengguna kami dan orang ramai Untuk meningkatkan keselamatan dan keandalan perkhidmatan kami, termasuk mengesan, mencegah dan bertindak balas terhadap penipuan, penyalahgunaan, risiko keselamatan dan masalah teknikal yang boleh memudaratkan Google, pengguna kami atau orang ramai. Contoh aktiviti pemprosesan:
Untuk mematuhi sebarang undang-undang yang bersesuaian, peraturan, proses perundangan atau permintaan kerajaan yang boleh dikuatkuasakan. Contoh aktiviti pemprosesan:
| Maklumat yang diproses akan bergantung pada cara anda menggunakan perkhidmatan Google dan tetapan anda tetapi boleh termasuk perkara berikut:
| Asas perundangan untuk memproses maklumat ini akan bergantung pada cara anda menggunakan perkhidmatan Google dan tetapan anda tetapi boleh termasuk perkara yang berikut:
|
Memautkan perkhidmatan Google anda
Jika anda berada di EU, kami menawarkan pilihan untuk mengekalkan pemautan perkhidmatan Google yang tertentu. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan terpaut anda dan cara kami mengurus pilihan anda pada Perihal DMA & Perkhidmatan Terpaut Anda.
Perihal dasar ini
Bilakah dasar ini digunakan?
Dasar Privasi ini terpakai kepada semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google LLC dan anggota-anggota gabungannya, termasuk YouTube, Android dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di tapak-tapak web pihak ketiga, seperti perkhidmatan-perkhidmatan pengiklanan. Dasar Privasi ini tidak dikenakan pada perkhidmatan-perkhidmatan yang mempunyai dasar privasi berasingan yang tidak menggabungkan Dasar Privasi ini.
Dasar Privasi ini tidak terpakai kepada:
- Amalan-amalan maklumat syarikat dan organisasi lain yang mengiklankan perkhidmatan-perkhidmatan kami
- Perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat atau individu lain, termasuk produk atau laman yang ditawarkan yang mungkin mengandungi perkhidmatan Google yang dikenakan dasar ini, atau produk atau laman yang dipaparkan kepada anda dalam hasil carian atau dipautkan daripada perkhidmatan kami
Perubahan kepada dasar ini
Kami mengubah Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Hak anda tidak akan berkurangan di bawah Dasar Privasi ini tanpa persetujuan yang jelas daripada anda. Tarikh perubahan terakhir diterbitkan sentiasa akan ditunjukkan dan kami menawarkan akses kepada versi arkib untuk semakan anda. Jika perubahan itu penting, kami akan memberikan notis yang lebih jelas (termasuk pemberitahuan e-mel tentang perubahan Dasar Privasi, bagi perkhidmatan tertentu).
Amalan-amalan privasi yang berkaitan
Perkhidmatan-perkhidmatan Google tertentu
Notis-notis privasi berikut memberikan maklumat tambahan tentang beberapa perkhidmatan Google:
- Bayaran
- Fiber
- Apl Gemini
- Google Fi
- Google Workspace for Education
- Read Along
- YouTube Kids
- Akaun Google yang Diurus dengan Family Link, untuk Kanak-kanak yang berumur 13 tahun ke bawah (atau umur yang berkenaan di negara anda)
- Panduan privasi Family Link untuk kanak-kanak & remaja
- Pengumpulan Suara dan Audio daripada Ciri Kanak-kanak pada Google Assistant
Jika anda ahli sesebuah organisasi yang menggunakan Google Workspace atau Google Cloud Platform, ketahui cara perkhidmatan ini mengumpulkan dan menggunakan maklumat peribadi anda dalam Notis Privasi Google Cloud.
Sumber-sumber berguna yang lain
Pautan-pautan berikut mengetengahkan sumber-sumber berguna untuk anda mengetahui lebih lanjut tentang amalan-amalan dan tetapan privasi kami.
- Akaun Google anda ialah pangkalan kepada pelbagai tetapan yang boleh anda gunakan untuk mengurus akaun anda
- Semakan Privasi membimbing anda melalui tetapan-tetapan privasi penting untuk Akaun Google anda
- Pusat keselamatan Google membantu anda mengetahui lebih lanjut tentang keselamatan terbina dalam, kawalan privasi dan alatan kami untuk membantu anda menetapkan peraturan asas digital untuk keluarga anda dalam talian
- Panduan Privasi Remaja Google menyediakan jawapan kepada sesetengah soalan yang kerap ditanya tentang privasi
- Privasi & Syarat memberikan pelbagai lagi konteks tentang Dasar Privasi ini dan Syarat Perkhidmatan kami
- Teknologi merangkumi maklumat lanjut tentang:
- Cara Google menggunakan kuki
- Teknologi-teknologi yang digunakan untuk Pengiklanan
- Cara Google menggunakan maklumat daripada tapak atau apl yang menggunakan perkhidmatan kami
Istilah penting
Akaun Google
Anda boleh mengakses sesetengah perkhidmatan kami dengan mendaftar untuk Akaun Google dan memberi kami beberapa maklumat peribadi (lazimnya nama, alamat e-mel dan kata laluan anda). Maklumat akaun ini digunakan untuk mengesahkan anda apabila anda mengakses perkhidmatan Google dan melindungi akaun anda daripada akses yang tidak dibenarkan oleh orang lain. Anda boleh mengedit atau memadamkan akaun anda pada bila-bila masa melalui tetapan Akaun Google anda.
Alamat IP
Setiap peranti yang disambungkan kepada Internet diberi nombor unik yang dikenali sebagai alamat protokol Internet (IP). Nombor ini biasanya diberikan dalam blok geografi. Alamat IP sering kali digunakan untuk mengenal pasti lokasi peranti yang disambungkan kepada Internet. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menggunakan maklumat lokasi.
Algoritma
Proses atau set peraturan yang dipatuhi oleh komputer dalam melaksanakan operasi penyelesaian masalah.
Anggota Gabungan
Ahli gabungan ialah entiti yang dimiliki oleh kumpulan syarikat Google, termasuk syarikat-syarikat berikut yang menyediakan perkhidmatan pengguna di EU: Google Ireland Limited, Google Commerce Ltd, Google Payment Corp dan Google Dialer Inc. Ketahui lebih lanjut tentang syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan perniagaan di EU.
Cache data aplikasi
Cache data aplikasi ialah repositori data pada peranti. Cache ini, contohnya, membolehkan aplikasi web berjalan tanpa sambungan internet dan meningkatkan prestasi aplikasi tersebut dengan mendayakan pemuatan kandungan yang lebih laju.
Kuki
Kuki ialah fail kecil yang mengandungi rentetan aksara yang dihantar ke komputer anda apabila anda melawati tapak web. Apabila anda melawati tapak tersebut sekali lagi, kuki membenarkan tapak itu mengecam penyemak imbas anda. Kuki mungkin menyimpan pilihan pengguna dan maklumat lain. Anda boleh mengkonfigurasikan penyemak imbas anda untuk menolak semua kuki atau untuk menunjukkan apabila kuki dihantar. Walau bagaimanapun, sesetengah ciri atau perkhidmatan tapak web mungkin tidak berfungsi dengan betul tanpa kuki. Ketahui lebih lanjut tentang cara Google menggunakan kuki dan cara Google menggunakan data, termasuk kuki, apabila anda menggunakan tapak atau apl rakan kongsi kami.
Log pelayan
Seperti kebanyakan tapak web, pelayan kami merekodkan permintaan halaman yang dibuat secara automatik apabila anda melawati tapak kami. “Log pelayan” ini biasanya memasukkan permintaan web anda, alamat Protokol Internet, jenis penyemak imbas, bahasa penyemak imbas, tarikh dan masa permintaan anda dan satu atau lebih banyak kuki yang boleh mengenal pasti penyemak imbas anda secara unik.
Masukan log yang biasa untuk carian "kereta" kelihatan seperti ini:
123.45.67.89 - 25/Mar/2003 10:15:32 -
http://www.google.com/search?q=cars -
Chrome 112; OS X 10.15.7 -
740674ce2123e969
123.45.67.89
ialah alamat Protokol Internet yang diberikan kepada pengguna oleh ISP pengguna. Bergantung pada perkhidmatan pengguna, alamat yang berbeza mungkin diberikan kepada pengguna oleh penyedia perkhidmatan mereka setiap kali mereka tersambung ke Internet.25/Mar/2003 10:15:32
ialah tarikh dan masa pertanyaan.http://www.google.com/search?q=cars
ialah URL yang diminta, termasuk pertanyaan carian.Chrome 112; OS X 10.15.7
ialah penyemak imbas dan sistem pengendalian yang digunakan.740674ce2123a969
ialah ID kuki unik yang diberikan kepada komputer ini pada kali pertama komputer ini melawati Google. (Kuki boleh dipadamkan oleh pengguna. Jika pengguna telah memadamkan kuki daripada komputer dari kali terakhir beliau melawati Google, maka ID ini ialah ID kuki unik yang diberikan kepada peranti pengguna pada kali berikutnya mereka melawati Google daripada peranti tersebut).
Maklumat peribadi
Ini merupakan maklumat yang anda berikan kepada kami dan maklumat ini mengenal pasti diri anda, seperti nama, alamat e-mel atau maklumat pengebilan anda atau data lain yang dapat dikaitkan secara munasabah dengan maklumat seperti itu oleh Google, seperti maklumat yang kami kaitkan dengan akaun Google anda.
Maklumat peribadi yang sensitif
Ini ialah kategori maklumat peribadi tertentu yang berkaitan dengan topik seperti fakta perubatan sulit, bangsa atau asal etnik, kepercayaan politik atau agama atau keseksualan.
Maklumat yang tidak mengenal pasti secara peribadi
Inilah maklumat yang direkodkan tentang pengguna supaya maklumat tersebut tidak lagi mencerminkan atau merujuk pengguna yang boleh dikenal pasti secara individu.
Pengecam unik
Pengecam unik merupakan rentetan aksara yang boleh digunakan untuk mengenal pasti penyemak imbas, apl atau peranti secara unik. Pada pengecam yang berlainan, terdapat perbezaan dari segi tempoh hayatnya, sama ada pengguna boleh menetapkannya semula dan cara pengecam tersebut boleh diakses.
Pengecam unik boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk keselamatan dan pengesanan penipuan, menyegerakkan perkhidmatan seperti peti masuk e-mel anda, mengingati pilihan anda dan menyediakan pengiklanan yang diperibadikan. Contohnya, pengecam unik yang disimpan dalam kuki membantu tapak memaparkan kandungan dalam penyemak imbas anda dalam bahasa pilihan anda. Anda boleh mengkonfigurasikan penyemak imbas anda untuk menolak semua kuki atau untuk menunjukkan apabila kuki dihantar. Ketahui lebih lanjut tentang cara Google menggunakan kuki.
Pada platform lain selain penyemak imbas, pengecam unik digunakan untuk mengecam peranti atau apl tertentu pada peranti itu. Contohnya, pengecam unik seperti ID Pengiklanan digunakan untuk menyediakan pengiklanan yang berkaitan pada peranti Android dan boleh diurus dalam tetapan peranti anda. Pengecam unik boleh juga digabungkan ke dalam peranti oleh pengeluar peranti (kadangkala dikenali sebagai ID unik semesta atau UUID), seperti nombor IMEI telefon mudah alih. Contohnya, pengecam unik peranti boleh digunakan untuk menyesuaikan perkhidmatan kami pada peranti anda atau menganalisis isu peranti yang berkaitan dengan perkhidmatan kami.
Peranti
Peranti ialah komputer yang boleh digunakan untuk mengakses perkhidmatan Google. Contohnya, komputer meja, tablet, pembesar suara pintar dan telefon pintar, kesemuanya dianggap sebagai peranti.
Storan web penyemak imbas
Storan web penyemak imbas membolehkan tapak web menyimpan data dalam penyemak imbas pada peranti. Apabila digunakan dalam mod "storan setempat", storan ini membolehkan data disimpan merentas sesi. Langkah ini membolehkan data diperoleh semula walaupun selepas penyemak imbas ditutup dan dibuka semula. Satu teknologi yang memudahkan storan web ialah HTML 5.
Teg piksel
Teg piksel ialah sejenis teknologi yang diletakkan di tapak web atau dalam kandungan e-mel untuk tujuan menjejaki aktiviti tertentu, seperti tatapan tapak web atau apabila e-mel dibuka. Teg piksel sering digunakan bersama-sama dengan kuki.
URL Perujuk
URL Perujuk (Pencari Sumber Seragam) merupakan maklumat yang dihantar ke halaman web destinasi oleh penyemak imbas web, biasanya apabila anda mengklik pautan ke halaman itu. URL Perujuk mengandungi URL halaman web terakhir yang dilawati oleh penyemak imbas.
Konteks Tambahan
Aktiviti pada laman dan apl pihak ketiga yang menggunakan perkhidmatan kami
Laman web dan apl yang menyepadukan perkhidmatan Google seperti iklan dan analitis berkongsi maklumat dengan kami.
Maklumat ini dikumpulkan tanpa mengambil kira jenis penyemak imbas atau mod semak imbas yang anda gunakan. Sebagai contoh, walaupun mod Inkognito dalam Chrome boleh mengekalkan kerahsiaan aktiviti semak imbas anda daripada orang lain yang menggunakan peranti anda, laman dan apl pihak ketiga yang menyepadukan perkhidmatan kami masih boleh berkongsi maklumat dengan Google apabila anda melawati perkhidmatan itu.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang sesetengah kaedah untuk anda mengawal maklumat yang dikongsi apabila anda melawati atau berinteraksi dengan laman atau apl yang menggunakan perkhidmatan Google.
Aktiviti pada Perkhidmatan Google
Jika anda telah log masuk ke Google Account dan menghidupkan Aktiviti Web & Apl, data aktiviti anda pada laman, apl dan perkhidmatan Google mungkin disimpan dalam Aktiviti Web & Apl akaun anda. Sesetengah aktiviti mungkin menyertakan maklumat tentang kawasan umum tempat anda berada semasa menggunakan perkhidmatan Google. Apabila anda mencari sesuatu menggunakan kawasan umum, carian anda akan menggunakan kawasan seluas sekurang-kurangnya 3 km persegi atau kawasan yang diluaskan hingga mewakili lokasi sekurang-kurangnya 1,000 orang. Perkara ini membantu Google melindungi privasi anda.
Dalam sesetengah keadaan, kawasan yang pernah dicari oleh anda sebelum ini mungkin digunakan untuk menganggarkan lokasi yang berkaitan untuk carian anda. Sebagai contoh, jika anda mencari kedai kopi semasa anda berada di Chelsea, Google mungkin memaparkan hasil carian berkaitan Chelsea untuk carian pada masa hadapan.
Anda boleh melihat dan mengawal Aktiviti Web & Apl anda pada Aktiviti Saya.
aktiviti-aktiviti anda di tapak dan pada apl lain
Aktiviti ini mungkin disebabkan anda menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan Google, seperti penyegerakan akaun anda dengan Chrome atau lawatan anda ke tapak-tapak web dan apl yang merupakan rakan kongsi Google. Banyak tapak web dan apl menjadi rakan kongsi dengan Google untuk meningkatkan kandungan dan perkhidmatan-perkhidmatan mereka. Sebagai contoh, sesuatu laman web mungkin menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan pengiklanan kami (seperti AdSense) atau alat-alat analitis (contohnya Google Analitis), atau mungkin membenamkan kandungan lain (misalnya video daripada YouTube). Perkhidmatan-perkhidmatan ini mungkin berkongsi maklumat tentang aktiviti anda dengan Google dan, bergantung pada tetapan akaun anda dan produk-produk yang sedang digunakan (contohnya, apabila rakan kongsi menggunakan Analitis Google bersama dengan perkhidmatan-perkhidmatan pengiklanan kami), data ini mungkin dikaitkan dengan maklumat peribadi anda.
Ketahui lebih lanjut tentang cara Google menggunakan data anda apabila anda menggunakan tapak atau apl rakan kongsi kami.
alih keluar
Sebagai contoh, seperti yang diterangkan di atas, anda boleh meminta untuk mengalih keluar kandungan, termasuk kandungan yang mungkin mengandungi maklumat anda, daripada perkhidmatan Google tertentu, berdasarkan undang-undang yang berkenaan (termasuk undang-undang perlindungan data) dan dasar kami.
bekerjasama dengan Google
Terdapatnya lebih daripada 2 juta tapak-tapak web dan apl bukan Google yang menjadi rakan kongsi dengan Google untuk memaparkan iklan-iklan. Ketahui lebih lanjut
bergantung pada kuki-kuki untuk berfungsi dengan betul
Sebagai contoh, kami menggunakan kuki yang dipanggil 'lbcs' yang membolehkan anda untuk membuka banyak Dokumen Google dalam satu penyemak imbas. Tindakan menyekat kuki ini akan menghalang Dokumen Google daripada berfungsi sepertimana yang diharapkan. Ketahui lebih lanjut
Data sensor daripada peranti anda
Peranti anda mungkin mengandungi penderia yang boleh digunakan untuk memahami lokasi dan pergerakan anda dengan lebih baik. Sebagai contoh, akselerometer boleh digunakan untuk menentukan kelajuan dan giroskop untuk mengetahui arah perjalanan anda. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menggunakan maklumat lokasi.
disegerakkan dengan Akaun Google anda
Sejarah penyemakan imbas Chrome anda hanya disimpan ke akaun anda jika anda telah mendayakan penyegerakan Chrome dengan Akaun Google anda. Ketahui lebih lanjut
hasil-hasil carian yang tersuai
Sebagai contoh, apabila anda daftar masuk ke Akaun Google dan telah mendayakan Aktiviti Web & Apl, anda boleh mendapatkan hasil-hasil carian yang lebih berkaitan yang berdasarkan carian dan aktiviti anda sebelumnya daripada perkhidmatan-perkhidmatan Google yang lain. Anda boleh mengetahui lebih lanjut di sini. Anda juga boleh mendapatkan hasil-hasil carian tersuai walaupun anda telah didaftar keluar. Jika anda tidak mahukan penyesuaian carian tahap sebegini , anda boleh mencari dan menyemak imbas secara peribadi atau mematikan pemperibadian carian selepas daftar keluar.
iklan-iklan yang anda dapati paling berguna
Sebagai contoh, jika anda menonton video tentang membuat kek di YouTube, anda mungkin akan melihat pelbagai lagi iklan yang berkaitan dengan membuat kek semasa anda menyemak imbas web. Kami juga mungkin menggunakan alamat IP anda untuk menentukan lokasi anggaran anda supaya kami dapat menyiarkan iklan-iklan untuk perkhidmatan penghantaran piza yang berdekatan jika anda mencari “piza”. Ketahui lebih lanjut tentang iklan-iklan Google dan sebab anda mungkin melihat iklan tertentu.
iklan-iklan yang diperibadikan
Anda juga mungkin melihat iklan-iklan yang diperibadikan berdasarkan maklumat daripada pengiklan. Contohnya, jika anda pernah membeli-belah di laman web pengiklan, mereka boleh menggunakan maklumat lawatan itu untuk menunjukkan iklan-iklan kepada anda. Ketahui lebih lanjut
kategori-kategori sensitive
Apabila menunjukkan iklan-iklan yang diperibadikan kepada anda, kami menggunakan topik yang kami fikir mungkin menarik minat andaberdasarkan aktiviti anda. Misalannya, anda mungkin melihat iklan untuk perkara-perkara seperti "Memasak dan Resipi-resipi" atau "Perjalanan Udara". Kami tidak menggunakan topik-topik atau menunjukkan iklan-iklan yang diperibadikan berdasarkan kategori-kategori sensitif seperti kaum, agama, orientasi seksual atau kesihatan. Kami juga menjangkakan perkara yang sama daripada para pengiklan yang menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami.
keselamatan dan kebolehpercayaan
Beberapa contoh cara kami menggunakan maklumat anda untuk membantu anda memastikan perkhidmatan kami selamat dan boleh dipercayai termasuk:
- Mengumpulkan dan menganalisiskan alamat IP dan data kuki untuk melindungi pengguna daripada penyalahgunaan automatik. Penyalahgunaan ini boleh berlaku dalam banyak bentuk, seperti menghantar spam kepada pengguna Gmail, mencuri wang daripada para pengiklan dengan mengklik iklan secara fraud atau menapis kandungan dengan melancarkan serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDoS).
- Ciri “aktiviti akaun terakhir” dalam Gmail boleh membantu anda mengetahui sama ada dan apabila seseorang mengakses e-mel anda tanpa pengetahuan anda. Ciri ini menunjukkan maklumat tentang aktiviti baru-baru ini dalam Gmail, seperti alamat-alamat IP yang mengakses mel anda, lokasi yang berkaitan serta tarikh dan waktu akses tersebut. Ketahui lebih lanjut
maklumat pembayaran
Sebagai contoh, jika anda menambahkan kad kredit atau kaedah pembayaran lain pada Akaun Google anda, anda boleh menggunakannya untuk membeli sesuatu di seluruh perkhidmatan kami, misalnya apl di Gedung Play. Kami juga mungkin meminta maklumat lain, seperti ID cukai perniagaan, untuk membantu pemprosesan bayaran anda. Dalam sesetengah kes, kami juga mungkin perlu mengesahkan identiti anda dan mungkin memintakan maklumat daripada anda untuk melakukannya.
Kami juga mungkin menggunakan maklumat pembayaran untuk mengesahkan bahawa anda memenuhi keperluan umur, jika, katakanlah, anda memasukkan tarikh lahir yang salah yang menunjukkan bahawa anda tidak cukup umur untuk memiliki Akaun Google. Ketahui lebih lanjut
maklumat serupa yang berkaitan dengan kesihatan fizikal atau mental anda
Jika anda menggunakan produk kecergasan dan apl yang kami tawarkan, seperti Fitbit, Pixel Watch, Nest atau Google Fit, kami akan mengumpulkan data yang anda berikan, seperti ketinggian dan berat anda. Kami juga mengumpulkan maklumat daripada apl dan peranti ini, seperti corak tidur anda, kadar denyutan jantung, suhu kulit, kalori terbakar dan kiraan langkah yang diambil.Maklumat suara dan audio
Sebagai contoh, anda boleh memilih sama ada anda mahu Google menyimpan rakaman audio dalam Google Account anda apabila anda berinteraksi dengan Google Search, Assistant dan Maps. Apabila peranti anda mengesan perintah pengaktifan audio, seperti “Ok Google”, Google merakam suara dan audio anda beberapa saat sebelum pengaktifan. Ketahui lebih lanjut
maklumat tentang perkara-perkara yang berdekatan dengan peranti anda
Jika anda menggunakan Perkhidmatan lokasi Google pada Android, kami boleh meningkatkan prestasi apl yang bergantung pada lokasi anda, seperti Peta Google. Jika anda menggunakan Perkhidmatan lokasi Google, peranti anda akan menghantar maklumat tentang lokasinya, penderia-penderianya (seperti akselerometer), Menara-menara selular dan titik-titik akses Wi-Fi (seperti alamat MAC dan kekuatan isyarat) yang berdekatan kepada Google. Semua perkara ini membantu untuk menentukan lokasi anda. Anda boleh menggunakan tetapan peranti anda untuk mendayakan Perkhidmatan lokasi Google. Ketahui lebih lanjut
melindungi daripada penyalahgunaan
Sebagai contoh, maklumat tentang ancaman-ancaman keselamatan boleh membantu kami memberitahu anda jika kami fikir akaun anda telah dicerobohi (pada masa yang sama kami boleh membantu anda mengambil langkah-langkah untuk melindungi akaun anda).
memastikan dan memperbaikkan
Misalnya, kami menganalisis cara orang berinteraksi dengan iklan untuk meningkatkan prestasi iklan-iklan kami.
memastikan perkhidmatan-perkhidmatan kami berfungsi seperti yang diharapkan
Contohnya, kami terus memantau sistem-sistem kami untuk mencari masalah. Jika kami dapati ada sesuatu yang tidak kena dengan ciri tertentu, tindakan menyemak maklumat aktiviti yang dikumpulkan sebelum masalah tersebut bermula membolehkan kami menyelesaikannya dengan lebih cepat.
memberi manfaat kepada orang ramai
Sebagai contoh, kami memproses maklumat tentang permintaan untuk mengalih keluar kandungan daripada perkhidmatan kami untuk mendidik orang ramai, memudahkan penyelidikan dan memberikan ketelusan tentang permintaan ini.
membuat perbaikan
Misalnya, kami menggunakan kuki-kuki untuk menganalisis cara orang berinteraksi dengan perkhidmatan-perkhidmatan kami. Analisis itu juga dapat membantu kami membinakan produk-produk yang lebih baik. Sebagai contoh, analisis ini boleh membantu kami mengetahui bahawa orang mengambil masa yang terlalu lama untuk menyelesaikan tugas tertentu atau bahawa mereka menghadapi masalah untuk menyelesaikan langkah-langkah sama sekali. Kemudian, kami boleh mengubah reka bentuk ciri tersebut dan memperbaikkan produk untuk semua orang.
mengesan penyalahgunaan
Apabila spam, perisian hasad, kandungan yang menyalahi undang-undang (termasuk bahan penderaan seksual dan eksploitasi kanak-kanak) dan beberapa bentuk penyalahgunaan lain dikesan pada sistem kami serta melanggar dasar kami, kami mungkin akan melumpuhkan akaun anda atau mengambil tindakan lain yang sesuai. Dalam keadaan tertentu, kami juga mungkin melaporkan pelanggaran tersebut kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
menggunakan maklumat yang kami kumpulkan merentas perkhidmatan kami
Bergantung pada tetapan anda yang tersedia, sesetengah contoh tentang cara kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan merentas perkhidmatan kami termasuk:
- Apabila anda dafter masuk ke Akaun Google anda dan membuat carian di Google, anda boleh melihat hasil-hasil carian daripada web awam, bersama dengan maklumat yang berkaitan daripada kandungan yang anda miliki dalam produk-produk Google yang lain, seperti Gmail atau Kalendar Google. Ini boleh termasuk perkara-perkara seperti status penerbangan anda yang akan datang, tempahan restoran dan hotel atau foto-foto anda. Ketahui lebih lanjut
- Jika anda telah berkomunikasi dengan seseorang melalui Gmail dan ingin menambahkan mereka ke Dokumen Google atau suatu acara dalam Kalendar Google, Google memudahkan anda berbuat demikian menggunakan ciri autolengkap untuk melengkapkan alamat e-mel mereka apabila anda mula menaip nama mereka. Ciri ini memudahkan lagi anda berkongsi sesuatu dengan orang yang dikenali. Ketahui lebih lanjut
- Apl Google boleh menggunakan data yang telah disimpan dalam produk Google yang lain untuk menunjukkan kandungan yang diperibadikan kepada anda, bergantung pada tetapan anda. Contohnya, jika anda mempunyai carian yang disimpan dalam Aktiviti Web & Apl, apl Google boleh menunjukkan artikel berita dan maklumat lain tentang minat anda, seperti skor sukan, berdasarkan aktiviti anda.
- Sekiranya anda menyambungkan Google Account anda kepada Google Home anda, maklumat dapat diuruskan dan tugasan dapat disiapkan melalui Google Assistant. Sebagai contoh, anda boleh menambahkan acara pada Google Calendar anda atau mendapatkan jadual anda untuk hari itu, meminta kemaskinian status penerbangan anda yang akan datang atau menghantar maklumat seperti arah pemanduan kepada telefon anda. Ketahui lebih lanjut
- Jika anda berada di EU, keputusan yang anda buat tentang perkhidmatan terpaut akan mempengaruhi cara sesetengah perkhidmatan Google boleh menggunakan data merentas perkhidmatan kami.
menunjukkan arah aliran
Apabila ramai orang mula mencari sesuatu, kegiatan ini boleh memberikan maklumat yang sangat berguna tentang arah aliran tertentu pada masa itu. Aliran Google mengambil sampel carian-carian web Google untuk menganggarkan populariti carian-carian dalam tempoh masa tertentu dan berkongsi hasil-hasil tersebut kepada umum mengikut terma-terma teragregat. Ketahui lebih lanjut
menyampaikan perkhidmatan-perkhidmatan kami
Contoh-contoh cara kami menggunakan maklumat anda untuk menyampaikan perkhidmatan-perkhidmatan kami termasuk:
- Kami menggunakan alamat IP yang ditetapkan kepada peranti anda untuk menghantar data yang anda minta, seperti memuatkan video YouTube
- Kami menggunakan pengecam-pengecam unik yang disimpan dalam kuki-kuki pada peranti anda untuk membantu kami mengesahkan anda sebagai orang yang sepatutnya mempunyai akses kepada Akaun Google anda
- Foto dan video yang anda muat naik kepada Google Photos digunakan untuk membantu anda membuat album, kolaj dan ciptaan lain yang boleh dikongsi. Ketahui lebih lanjut
- E-mel pengesahan penerbangan yang anda terima boleh digunakan untuk mencipta satu butang “daftar masuk” yang boleh dikelihatan di Gmail anda
- Apabila anda membeli perkhidmatan atau barangan fizikal daripada kami, anda mungkin memberikan maklumat seperti alamat penghantaran atau arahan penghantaran anda kepada kami. Kami menggunakan maklumat ini untuk perkara-perkara seperti memproses, memenuhi dan menghantar pesanan anda, serta untuk memberikan sokongan berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang anda beli.
Menyesuaikan perkhidmatan-perkhidmatan kami
Sebagai contoh, kami mungkin memaparkan Google Doodle pada halaman utama Carian untuk meraikan peristiwa khusus untuk negara anda.
mungkin memautkan maklumat
Analitis Google bergantung pada kuki-kuki pihak pertama, iaitu kuki-kuki yang ditetapkan oleh pelanggan Analitis Google. Dengan menggunakan system-sistem kami, data yang dijana melalui Analitis Google boleh dipautkan kepada kuki-kuki pihak ketiga yang berkaitan dengan lawatan-lawatan ke tapak-tapak web lain oleh pelanggan Analitis Google dan Google. Sebagai contoh, seseorang pengiklan mungkin mahu menggunakan data Analitis Google miliknya untuk mencipta iklan-iklan yang lebih berkaitan atau menganalisis trafiknya dengan lebih lanjut. Ketahui lebih lanjut
nombor telefon
Jika anda menambahkan nombor telefon pada akaun anda, nombor itu boleh digunakan untuk pelbagai tujuan bagi seluruh perkhidmatan Google, bergantung pada tetapan-tetapan anda. Misalnya, nombor telefon itu boleh digunakan untuk membantu anda mengakses akaun jika anda terlupa kata laluan, membantu orang mencari serta berhubung dengan anda dan menjadikan iklan-iklan yang anda lihat lebih berkaitan dengan anda. Ketahui lebih lanjut
orang ramai
Contohnya, kami memproses maklumat tentang permintaan untuk mengalih keluar kandungan daripada perkhidmatan kami di bawah dasar pengalihan keluar kandungan Google atau undang-undang berkenaan untuk menilai permintaan itu, dan untuk memastikan ketelusan, meningkatkan akauntabiliti dan menghalang penyalahgunaan serta penipuan dalam amalan ini.
orang yang paling penting kepada anda dalam talian
Contohnya, apabila anda menaip alamat dalam medan Kepada, Sk atau Skt bagi e-mel yang anda sedang karang, Gmail akan mencadangkan alamat-alamat berdasarkan orang yang anda hubungi paling kerap.
Paparan-paparan dan interaksi-interaksi dengan kandungan serta iklan
Sebagai contoh, kami mengumpulkan maklumat tentang paparan-paparan dan interaksi-interaksi dengan iklan supaya kami dapat menyediakan laporan-laporan teragregat kepada para pengiklan, misalnya memberitahu mereka sama ada kami menyiarkan iklan mereka pada halaman dan sama ada iklan itu mungkin telah dilihat oleh penatap. Kami juga mungkin mengukur interaksi-interaksi lain, misalnya cara anda menggerakkan tetikus pada iklan atau sama ada anda berinteraksi dengan halaman di mana iklan itu disiarkan.
pelayan-pelayan di seluruh dunia
Sebagai contoh, kami mengendalikan pusat data yang terletak di seluruh dunia untuk membantu anda memastikan produk-produk kami tersedia kepada pengguna secara berterusan.
pengawal data yang bertanggungjawab untuk memproses maklumat anda
Ini bermaksud ahli gabungan Google yang bertanggungjawab untuk memproses maklumat anda dan mematuhi undang-undang privasi yang bersesuaian.
pengguna kami
Sebagai contoh, untuk menghalang penyalahgunaan dan meningkatkan ketelusan serta akauntabiliti dalam amalan penyederhanaan kandungan dalam talian, Google berkongsi data tentang permintaan untuk pengalihan keluar kandungan daripada perkhidmatan kami dengan Lumen, yang mengumpulkan dan menganalisis permintaan ini untuk memudahkan kajian bagi membantu pengguna Internet memahami hak mereka. Ketahui lebih lanjut.
Peranti Android dengan apl Google
Peranti-peranti Android dengan apl Google termasuk peranti-peranti yang dijual oleh Google atau salah satu rakan kongsi kami dan termasuk telefon-telefon, kamera-kamera, kenderaan-kenderaan, peranti-peranti yang boleh dipakai dan televisyen-televisyen. Peranti-peranti ini menggunakan Perkhidmatan Google Play dan apl prapasang lain termasuk perkhidmatan-perkhidmatan seperti Gmail, Peta, kamera telefon dan pendail telefon anda, penukaran teks ke pertuturan, input papan kekunci dan ciri-ciri keselamatan. Ketahui lebih lanjut tentang Perkhidmatan Google Play.
peranti-peranti
Misalnya, kami boleh menggunakan maklumat daripada peranti-peranti anda untuk membantu anda menentukan peranti apa yang anda ingin gunakan untuk memasang apl atau melihat filem yang anda beli daripada Google Play. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk membantu anda melindungi akaun anda.
perkhidmatan-perkhidmatan Google tertentu
Sebagai contoh, anda boleh memadamkan blog anda daripada Blogger atau Tapak Google yang anda miliki daripada Google Sites. Anda juga boleh memadamkan ulasan-ulasan yang anda tinggalkan pada apl, permainan-permainan dan kandungan lain di Gedung Play.
perkhidmatan-perkhidmatan pengiklanan dan penyelidikan bagi pihak mereka
Sebagai contoh, pedagang mungkin memuat naik data daripada program kad kesetiaan mereka supaya mereka dapat menyertakan maklumat kesetiaan dalam hasil carian atau beli-belah atau memahami prestasi kempen pengiklanan mereka dengan lebih baik. Kami hanya memberikan laporan teragregat yang tidak mendedahkan maklumat tentang orang perseorangan kepada pengiklan.
perkhidmatan-perkhidmatan untuk membuat dan menerima panggilan-panggilan atau menghantar dan menerima mesej-mesej
Contoh perkhidmatan-perkhidmatan ini termasuk:
- Google Voice, untuk membuat dan menerima panggilan, menghantar mesej teks dan mengurus mel suara
- Google Meet, untuk membuat dan menerima panggilan video
- Gmail, untuk menghantar dan menerima e-mel
- Google Chat, untuk menghantar dan menerima mesej
- Google Duo, untuk membuat dan menerima panggilan video serta menghantar dan menerima mesej
- Google Fi, untuk pelan telefon
perlindungan yang sesuai
Sebagai contoh, kami mungkin menganonimkan data atau menyulitkan data untuk memastikan data tersebut tidak dapat dikaitkan dengan maklumat lain tentang anda. Ketahui lebih lanjut
pihak ketiga
Contohnya, kami memproses maklumat anda untuk melaporkan statistic-statistik penggunaan kepada pemegang-pemegang hak tentang cara kandungan mereka digunakan dalam perkhidmatan-perkhidmatan kami. Kami juga mungkin memproses maklumat anda jika orang mencari nama anda dan kami memaparkan hasil-hasil carian bagi tapak-tapak web yang mengandungi maklumat tentang anda yang tersedia kepada umum.
proses perundangan atau arahan kerajaan yang boleh dikuatkuasakan
Sebagaimana syarikat teknologi dan komunikasi lain, Google sering menerima arahan daripada kerajaan-kerajaan dan mahkamah-mahkamah di seluruh dunia untuk menzahirkan data pengguna. Penghormatan terhadap privasi dan keselamatan data yang anda simpan di Google adalah asas kepada pendekatan kami dalam mematuhi kehendak undang-undang ini. Pasukan guaman kami akan menyemak setiap arahan tanpa mengira jenis dan kami sering menolak apabila arahan kelihatan terlalu am atau tidak mematuhi proses yang betul. Ketahui lebih lanjut dalam Laporan Ketelusan kami.
rakan kongsi tertentu
Misalnya, kami membenarkan para pencipta dan para pengiklan YouTube untuk bekerja dengan syarikat-syarikat pengukuran untuk mengetahui tentang penonton video-video atau iklan-iklan YouTube mereka, menggunakan kuki-kuki atau teknologi-teknologi yang serupa. Contoh lain ialah pedagang-pedagang di halaman-halaman beli-belah kami, yang menggunakan kuki untuk memahami bilangan pengguna unik yang melihat penyenaraian produk mereka. Ketahui lebih lanjut tentang rakan kongsi ini dan cara mereka menggunakan maklumat anda.
sumber-sumber yang boleh diakses secara umum
Sebagai contoh, kami boleh mengumpulkan maklumat yang didapati secara umum dalam talian atau daripada sumber awam lain sebagai bantuan untuk melatih model AI Google dan membina produk serta ciri seperti keupayaan Google Translate, Apl Gemini dan Cloud AI. Atau, jika maklumat perniagaan anda dipaparkan pada laman web, kami boleh mengindeks dan memaparkan maklumat itu pada perkhidmatan Google.boleh
Tempat yang anda labelkan seperti rumah dan tempat kerja
Anda boleh memilih untuk menyimpan tempat yang penting bagi anda pada Google Account anda, seperti rumah atau tempat kerja anda. Jika anda menetapkan alamat rumah dan tempat kerja anda, maklumat ini boleh digunakan untuk membantu anda melakukan beberapa perkara dengan lebih mudah, seperti mendapatkan arah atau menemukan hasil carian yang lebih hampir dengan rumah atau tempat kerja anda dan untuk mendapatkan iklan yang lebih berguna.
Anda boleh mengedit atau memadamkan alamat rumah atau tempat kerja anda pada bila-bila masa dalam Google Account anda.