Siapakah rakan kongsi Google?
Google bekerjasama dengan perniagaan dan organisasi dalam pelbagai cara. Kami merujuk perniagaan dan organisasi ini sebagai "rakan kongsi". Contohnya, lebih 2 juta tapak web dan apl bukan Google bekerjasama dengan Google untuk menyiarkan iklan. Berjuta-juta rakan kongsi pembangun menerbitkan apl mereka di Google Play. Rakan kongsi lain membantu Google dengan melindungi perkhidmatan kami; maklumat tentang ancaman keselamatan boleh membantu kami memberitahu anda jika kami fikir akaun anda telah dicerobohi (pada waktu ini juga kami boleh membantu anda mengambil langkah untuk melindungi akaun anda).
Sila ambil perhatian bahawa kami juga bekerjasama dengan perniagaan yang dipercayai sebagai "pemproses data" bagi pihak kami untuk menyokong perkhidmatan kami berdasarkan arahan kami dan mematuhi Dasar Privasi kami serta langkah kerahsiaan dan keselamatan lain yang sewajarnya. Dasar Privasi Google ada maklumat lanjut tentang cara kami menggunakan pemproses data.
Kami tidak berkongsi maklumat yang boleh mengecam anda secara peribadi dengan rakan kongsi pengiklanan kami, seperti nama atau e-mel anda, melainkan anda meminta kami untuk mengongsi maklumat tersebut. Contohnya, jika anda melihat iklan untuk kedai bunga berdekatan dan memilih butang “ketik untuk memanggil”, kami akan menyambungkan panggilan anda dan mungkin berkongsi nombor telefon anda dengan kedai bunga tersebut.
Anda boleh membaca lebih lanjut tentang maklumat yang Google kumpul, termasuk daripada rakan kongsi, dalam Dasar Privasi.