Amplifier Bunyi menjadikan perbualan harian dan bunyi keliling lebih mudah diakses dalam kalangan orang yang pekak labang, hanya dengan menggunakan telefon Android anda dan sepasang fon kepala. Gunakan Amplifier Bunyi untuk menapis, menambah dan menguatkan bunyi di sekeliling anda dan pada peranti anda.
Ciri• Mengurangkan bunyi yang tidak diingini untuk mengecam pertuturan dengan lebih baik
• Menumpukan pada suara penutur dalam persekitaran yang bising dengan mod perbualan. (Tersedia untuk Pixel 3 dan ke atas.)
• Dengar perbualan, TV atau kuliah. Untuk sumber audio yang lebih jauh, fon kepala Bluetooth disyorkan. (Penghantaran bunyi mungkin tertangguh pada fon kepala Bluetooth.)
• Peribadikan pengalaman mendengar anda untuk perbualan sekitar atau media yang dimainkan pada peranti anda. Anda boleh mengurangkan bunyi atau meningkatkan frekuensi rendah, frekuensi tinggi atau bunyi senyap. Tetapkan pilihan anda untuk kedua-dua telinga atau secara berasingan untuk setiap telinga.
• Hidupkan dan matikan Amplifier Bunyi menggunakan butang kebolehaksesan, gerak isyarat atau Tetapan Pantas. Ketahui lebih lanjut tentang butang kebolehaksesan, gerak isyarat dan Tetapan Pantas:
https://support.google.com/accessibility/android/answer/7650693Keperluan• Tersedia untuk Android 8.1 dan lebih baharu.
• Gandingkan peranti Android anda dengan fon kepala.
• Mod perbualan kini tersedia pada Pixel 3 ke atas.
Hantarkan maklum balas anda tentang Amplifier Bunyi kepada kami melalui e-mel: sound-amplifier-help@google.com. Untuk bantuan dalam menggunakan Amplifier Bunyi, hubungi kami di
https://g.co/disabilitysupport.
Notis Kebenaran•
Mikrofon: Akses kepada mikrofon akan membolehkan Amplifier Bunyi memproses audio untuk penguatan dan penapisan. Tiada data dikumpulkan atau disimpan.
•
Perkhidmatan Kebolehaksesan: Oleh sebab apl ini ialah perkhidmatan kebolehaksesan, apl ini boleh memerhatikan tindakan anda, mendapatkan semula kandungan tetingkap dan memerhatikan teks yang anda taip.