Google Play - Dasar Privasi untuk Buku
13 Oktober 2011 | Lihat versi arkib
Dasar Privasi Google yang utama menghuraikan cara kami mengendalikan maklumat peribadi apabila anda menggunakan produk dan perkhidmatan Google, termasuk Google Play. Dasar tambahan untuk buku di Google Play ini melakukan dua perkara: (1) menyerlahkan peruntukan penting Dasar Privasi Google utama dalam konteks buku di Google Play dan (2) menghuraikan amalan privasi yang khusus kepada buku di Google Play.
Peruntukan penting dari Dasar Privasi Google
Semua peruntukan Dasar Privasi Google dilaksanakan terhadap buku di Google Play. Antara lain, ini bermakna:
- Kami tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga, kecuali dalam keadaan terdesak sebagaimana yang dihuraikan dalam Dasar Privasi, seperti kecemasan atau maklum balas kepada proses undang-undang yang sah. Bagi buku yang dibeli, kami memberikan penerbit maklumat jualan, tetapi tidak memberikan maklumat peribadi. Bagi buku yang dibeli apabila kami bertindak sebagai ejen penerbit, kami memberikan penerbit maklumat mengenai cukai yang kami kutip termasuk negeri, bandar dan poskod dari alamat pengebilan pembeli. Google menawarkan buku untuk jualan bukan sahaja dari Google Play, tetapi melalui penjual semula juga (contohnya, untuk pembelian dari laman web penjual semula atau peranti pembacaan). Selain itu, rakan kongsi pembangun aplikasi menggunakan perkhidmatan Google untuk bergabung dengan Google Play dan memberi anda akses kepada buku-buku dari Google Play pada perkhidmatan mereka. Apabila anda membeli buku melalui penjual semula atau menggunakan perkhidmatan pembangun aplikasi, anda perlu log masuk menggunakan maklumat Akaun Google anda atau membuat Akaun Google jika anda tidak mempunyainya. Apabila anda telah log masuk, jika anda memilih untuk menyegerakkan akaun Google Play anda dengan akaun penjual semula atau pembangun aplikasi, kami akan berkongsi maklumat tentang buku anda di Google Play (contohnya, semua rak pustaka anda, tajuk, anotasi, lima halaman terakhir yang dibaca untuk setiap buku), kecuali maklumat mengenai penjual tempat anda membeli buku anda, dengan penjual semula atau pembangun aplikasi. Pengendalian pembangun aplikasi atau penjual semula terhadap maklumat tersebut (dan sebarang maklumat lain yang anda serahkan terus kepada penjual semula atau pembangun aplikasi) akan dikawal oleh dasar privasi pembangun aplikasi atau penjual semula, bukan oleh dasar kami; sila pastikan anda menyemak sebarang dasar privasi yang dilaksanakan apabila anda memilih untuk membeli melalui penjual semula atau menggunakan perkhidmatan pembangun aplikasi.
- Apabila anda menggunakan buku di Google Play, kami menerima maklumat log yang serupa dengan yang kami terima dalam Carian Web. Maklumat ini mungkin merangkumi perkara seperti istilah carian atau permintaan halaman (yang mungkin merangkumi tajuk buku atau halaman tertentu dalam buku yang anda sedang lihat) alamat Protokol Internet, jenis penyemak imbas, bahasa penyemak imbas, tarikh dan masa permintaan anda dan satu atau lebih kuki yang boleh mengenal pasti penyemak imbas atau akaun anda secara unik.
- Aktiviti anda di Google Play tidak akan dikaitkan dengan Akaun Google anda melainkan anda log masuk ke Akaun Google anda.
- Anda boleh memilih untuk menggunakan ciri pilihan dalam buku di Google Play (seperti Pustaka Saya atau buku yang dibeli) atau perkhidmatan Google pilihan yang lain (seperti perkhidmatan Sejarah Web kami) yang memerlukan Akaun Google dan yang mungkin menerima dan menyimpan maklumat dari buku di Google Play bersama dengan Akaun anda. Ciri buku yang menyimpan maklumat dengan akaun anda akan menunjukkan kepada anda maklumat yang anda telah simpan dan membolehkan anda memadamkannya (melainkan kami dikehendaki menyimpannya oleh undang-undang atau tujuan perniagaan yang sah dan terhad seperti siasatan penipuan). Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat memadamkan rekod urus niaga pembelian anda (termasuk tajuk buku) daripada sejarah akaun Checkout anda.
- Google menggunakan maklumat yang disimpannya untuk tujuan yang dibincangkan dalam Dasar Privasi Google, termasuk untuk meningkatkan perkhidmatan kami (contohnya, untuk membantu menyesuaikan cadangan produk atau perkhidmatan Google yang mungkin menarik minat anda), untuk keselamatan dan untuk melaporkan tentang aliran pengguna terkumpul.
- Penggunaan data dari Google Play tertakluk kepada piawaian keselamatan yang sama seperti yang digariskan dalam Dasar Privasi utama kami.
Amalan yang khusus untuk buku pada produk Google Play
Amalan privasi yang khusus untuk buku di Google Play ialah:
- Untuk memenuhi komitmen kontrak terhadap pemegang hak yang melesenkan buku kepada kami, kami menguatkuasakan had keselamatan tertentu (contohnya, untuk mengelakkan penyalahgunaan perkongsian buku yang dibeli dan untuk menguatkuasakan had paparan halaman pada sesetengah pratonton buku) dan kami turut menguatkuasakan had terhadap bilangan penyemak imbas atau peranti yang boleh mengakses akaun dalam tempoh masa tertentu. Untuk menguatkuasakan had ke atas bilangan peranti, kami akan menyimpan nombor ID unik peranti anda pada pelayan kami. Anda boleh memadamkan nombor ID peranti apabila anda ingin berhenti menggunakan peranti tersebut.
- Anda perlu mempunyai Akaun Google untuk membeli buku kerana maklumat akaun diperlukan untuk memberikan akses kepada pengguna yang membeli buku tersebut. Kami mengehadkan maklumat (seperti tajuk buku) yang kami berikan kepada syarikat kad kredit dan membolehkan anda memadamkan buku yang dibeli dari Akaun Google anda. Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat memadamkan rekod urus niaga pembelian anda (termasuk tajuk buku) daripada sejarah akaun Checkout anda.
- Untuk membolehkan kedudukan bacaan yang tekal pada semua peranti dan memberikan navigasi yang berguna dalam buku, kami menyimpan lima halaman terakhir (sahaja) dalam setiap buku yang pengguna telah lihat dengan akaun pengguna. Kami turut menyimpan halaman yang dilihat untuk memantau keselamatan dan/atau jika pengguna memilih untuk menggunakan perkhidmatan Sejarah Web.
- Perlindungan privasi undang-undang khas untuk pengguna boleh dilaksanakan sekiranya penguatkuasaan undang-undang atau litigan sivil meminta Google memberikan maklumat mengenai buku yang seseorang pengguna telah lihat. Sesetengah bidang kuasa mengamalkan "undang-undang buku" khas yang mengatakan bahawa maklumat ini tidak tersedia kecuali orang yang memintanya memenuhi piawaian yang tinggi dan khas seperti membuktikan kepada mahkamah bahawa terdapat keperluan yang mendesak untuk maklumat tersebut dan keperluan ini mengatasi kepentingan pembaca dalam pembacaan awanama di bawah Pindaan Pertama Amerika Syarikat atau undang-undang lain yang dilaksanakan. Sekiranya "undang-undang buku" ini wujud dan dilaksanakan terhadap buku di Google Play, kami akan mengemukakannya. Kami akan turut meneruskan sejarah perjuangan kami untuk mengekalkan piawaian yang tinggi dalam melindungi pengguna, tidak kira sama ada "undang-undang buku" tertentu dilaksanakan. Di samping itu, kami beriltizam untuk memaklumkan pengguna yang terjejas jika kami menerima permintaan sedemikian yang mungkin membawa kepada pendedahan maklumat mereka; jika kami dibenarkan untuk melakukan sedemikian oleh undang-undang dan jika kami mempunyai cara yang berkesan untuk menghubungi pengguna, kami akan melakukannya dengan memberikan masa kepada pengguna untuk mencabar permintaan tersebut.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai buku di Google Play dan privasi, sila lihat Soalan Lazim kami.